Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Shuhada mendedahkan suaminya masih lagi berhubung dengan orang ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangganya. Menurut Shuhada, dia mendapat tahu mengenai perkara itu selepas beberapa netizen berkongsikan kepadanya menerusi pesanan di Instagram.
Difahamkan, ada beberapa netizen yang terserempak dengan Hafidz dan Athira Yuhada di bazar Ramadan. Jelas Shuhada, dia dan peguamnya kini sedang menyiasat perkongsian yang dikongsikan beberapa individu ini bagi menyokong tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadap suaminya dan orang ketiga.
“Maaf saya tidak boleh bercakap banyak mengenai isu ini. Cuma tidak dinafikan saya ada menerima beberapa mesej di Instagram bahawa terlihat kelibat mereka di bazar Ramadan yang membuktikan mereka masih berhubung.”
Selain itu, Shuhada memaklumkan pihak peguamnya sudah membalas surat tuntutan yang dikemukakan oleh Athira sebelum ini. Terdahulu, Shuhada telah menerima surat tuntutan saman dari orang ketiga itu susulan kenyataannya di Instagram mengenai rumah tangganya yang telah dihancurkan wanita itu.
Bukan tak move on
Dalam masa yang sama, ibu kepada dua cahaya mata ini menafikan dia belum ‘move on’ susulan pendedahannya mengenai Hafidz dan Athira yang masih kekal berhubung. Menurutnya, pendedahan itu dibuat bagi menyokong tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadap mereka.
“Ambil maklum kenyataan saya ya, hal ini hanya untuk langkah undang-undang yang seterusnya untuk tuntutan fitnah pihak ketiga. Tak ada istilah tak move on…”
Konflik rumah tangga pasangan Hafidz Roshdi dan Shuhada mula diperkatakan selepas muncul dakwaan wujud orang ketiga dalam hubungan mereka. Tak lama kemudian, wanita dikenali sebagai Athira Yuhada tampil membuat permohonan maaf selepas dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan ini.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.