Kongsi Video Menari Di Tik Tok, Dafi Kena ‘Bahan’ Dengan Netizen, “Asal Macam Kwangsoo Menari…”

Sponsored

Sebelum ini, Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Bin Ismail Sabri mendedahkan semakin kurang menerima tawaran bekerja selepas bapanya tidak lagi menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri. Selepas sekian lama mendiamkan diri dari industri hiburan, Dafi telah menjadi bualan ramai di media sosial baru-baru ini.

Semuanya gara-gara video tariannya yang dimuat naik di platform Tik Tok yang telah menerima perhatian netizen. Menerusi rakaman yang dikongsikan itu, Dafi dilihat menari mengikut rentak lagu popular yang menjadi trend dalam kalangan generasi muda kini.

Sponsored
@dafiismailsabri

Another dance cover, ye tau lidah dengan muka kemut tu… terima seadanya dulu k…next video kita kawal peng-ULAR- an itu. ✌️😝✌️ #SebelumKenaCarutBetterCarutDiriSendiriDulu #giveittomexsayitright #giveittome #sayitright #dance #BroCuba

♬ Give it to me x Say It Right – Kuya Magik

Walau bagaimanapun, gelagat Dafi yang kelihatan kekok menari itu telah menjadi bualan netizen di mana rata-ratanya terhibur melihat aksinya menari. Malah ada juga yang meluahkan rasa terkejut melihat video tersebut dan tidak menyangka penyanyi itu seorang yang minat menari.

Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh warganet susulan perkongsian dari Dafi ini. Sebelum ini juga, Dafi ada memuat naik sebuah lagi video di mana dia menari mengikut rentak lagu ‘Lantaklah’ yang dinyanyikan oleh kumpulan XONE.

Sponsored
@dafiismailsabri

YEAP! Well said! “I’m gonna be just fine!” @X♡NE #xonelantaklah dance 🕺🏻

♬ LANTAKLAH – XONE

Oleh kerana gelagatnya yang kekok menari ini, netizen turut berseloroh menyamakan tariannya itu dengan pelakon komedi terkenal dari Korea, Lee Kwangsoo yang popular dengan tarian lucunya. Setakat ini, video yang dimuat naik di Tik Tok itu telah menerima lebih 300,000 tontonan.

“Asal tengok macam kwang soo menari haha.”

Sponsored

“Menyesal pulak dulu pernah letak poster Dafi kat pintu locker hostel.”

“Stress berat ni.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok