Individu Dakwa Minyak Pengasih Dijual Di Tik Tok, Siap Ada Yang Beli Dan Bagi ‘Review’, “Scarynya…”

Sponsored

Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila ada yang mendedahkan barangan mistik yang dijual di platform Tik Tok. Kebiasaannya para peniaga menggunakan platform tersebut untuk menjual barang seperti pakaian, makanan atau barang-barang kegunaan harian.

Namun perkongsian mengejutkan ini mendapati ada peniaga yang menjual minyak pengasih dan mengiklankannya secara atas talian. Perkongsian itu dimuat naik di Twitter di mana individu tersebut mempersoalkan bagaimana barangan mistik itu boleh dijual secara terang-terangan di Tik Tok.

Sponsored

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Twitter, individu tersebut berkongsikan beberapa gambar yang sempat diambil dari iklan minyak pengasih di Tik Tok. Lebih mengejutkan, ada beberapa pembeli yang siap memberikan ‘review’ selepas menggunakan minyak pengasih tersebut.

“Macam mana boleh lepas meniaga benda ni kat tik tok?”

Sponsored

Menurut beberapa pembeli, mereka memuji keberkesanan minyak pengasih itu yang telah memberikan kesan kepada mereka. Perkongsian ini turut menerima perhatian netizen yang rata-ratanya berasa terkejut apabila barangan mistik itu boleh dijual di Tik Tok.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang berasa gerun apabila barangan mistik seperti ini bebas dijual secara atas talian. Namun ada juga yang mempertikaikan kesahihan barang tersebut yang mungkin adalah satu ‘scam’ dari peniaga itu sendiri seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Sponsored

Dalam masa yang sama, netizen memberitahu minyak pengasih itu dijual pada harga yang mahal dalam lingkungan RM300 untuk sebotol kecil. Malah ramai juga yang pernah melihat iklan yang serupa semasa menggunakan platform tersebut.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter