Individu ‘Koyak’ DM Tak Dibalas Amelia Henderson, “Alamak Ini Confirm Budak2..”

Sponsored

Cukup popular menerusi projek Studio Sembang, pelakon jelita dikenali dengan Amelia Henderson ini sememangnya terkenal dengan personaliti dan kecantikannya. Lakonan ‘menjadi’ yang dipaparkan di kaca TV juga membuatkan nama pelakon ini semakin meningkat naik.

Terbaharu Amelia Henderson berkongsikan dimaki oleh individu yang tidak melayan direct message (DM) yang ditinggalkan oleh pengguna media sosial tersebut.

Sponsored

Dalam perkongsian yang dimuat naik menerusi akaun Twitter milik Amelia Henderson itu, dipaparkan screenshot DM yang ditinggalkan oleh individu berkenaan. Pada awalnya individu itu bertanyakan Amelia kacukan apa.

Namun pelakon ini tidak membalas membuatkan individu koyak Amelia Henderson tak melayan pertanyaannya itu. Berikut adalah perkongsian yang dimuat naik menerusi akaun Twiter berkenaan:

Sponsored

Mungkin sahaja individu koyak DM tak dibalas Amelia Henderson ini adalah salah seorang peminat selebriti berkenaan yang kecewa tidak dilayan. Maklumlah sehingga ke hari ini Amelia Henderson memiliki sejuta pengikut di akaun Instagram miliknya.

Susulan perkongsian selebriti ini, netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai isu DM tak dibalas Amelia ini di ruangan komen seperti berikut:

Sponsored

“Koyak lah tu kena palau…Dia memang lawa pun..Halamak kau”

“Alamak ini confirm budak2 bawah umur kaki main lato2. Nanti nak DM mintak wish birthday ah tengok reply tak haha”

“Nasib baik u tak reply”

“Dia yang tanya dia yang koyak”