Ibu Syamsul Yusof Kongsi Cara Layan Menantu Jadi Perhatian, “Untungnya Dapat Mertua Macam Ni”

Sponsored

Kemelut yang melanda rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana telah mendapat perhatian umum. Perbicaraan kes mereka masih berlangsung dan pagi ini Syamsul Yusof hadir ke mahkamah.

Biarpun situasi agak kecoh, namun ibu Syamsul Yusof banyak mengeluarkan kenyataan mengenai rumah tangga anak dan menantunya itu. Sudah tentu sebagai seorang ibu siapa sahaja tidak sedih dengan apa yang berlaku.

Sponsored

Terbaharu satu rakaman dengan paparan Ibu Syamsul Yusof kongsi cara layan menantu di dalam sebuah rancangan temubual ini telah mencuri perhatian warganet.

Dalam rakaman itu kedengaran ibu Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah memberitahu jika menantu tinggal dengan mertua seharusnya sebagai orang tua kena faham keadaan anak menantu itu. Bayangkan jika mertua berada di tempat menantu.

Sponsored

“Pesan saya kalau menantu tinggal dengan kita, kita kena bahagiakan diorang. Biar diorang rasa selesa. Cuba fahami perasaan dan masalah diorang. Macam kita kalau jadi menantu, bila kita faham tak de masalah,” kata Datin Patimah.

Berikut adalah video perkongsian dengan paparan ibu Syamsul Yusof kongsi cara layan menantu yang dimuat naik di Tiktok ini:

Sponsored

Meninjau di ruangan komen perkongsian ini, rata-rata warganet akui Datin Patimah adalah ibu mertua terbaik buat menantunya. Berikut antara reaksi ramai yang diluahkan di ruangan komen perkongsian itu:

“Untungnya dapat mak mertua macam ni..Seandainya mak mertua saya macam ni. Sabar je la”

“Syukur alhamdulillah dapat mak mertua macam datin. Dia sayang saya sama macam mana dia sayang anaknya..Syukur sangat2”

“Ni la yang dikatakan…Dapat mertua yang baik..Diduga dengan suami yang begitu..Apa pun bersyukur la dengan segala sesuatu yang berlaku”

“Idaman semua wanita dapat mertua macam ni..Tapi kalau dapat yang sebaliknya..”

SumberTikTok