Amelia Henderson Tak Suka Digelar Janda, “Dah 2023 Boleh Tak Berhenti Rendahkan Wanita…”

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelakon jelita berdarah campuran yang popular dengan nama Amelia Henderson ini. Celoteh mulutnya membuatkan pelakon ini kini turut bergelar pengacara dan memiliki rancangan sendiri di Youtube berjudul Studio Sembang.

Amelia Henderson

Bagaimanapun, baru-baru ini Amelia Henderson tampil menegur seorang netizen yang memperlekehkan gelaran janda di Twitter. Teguran dari Amelia ini bermula dengan satu ciapan dari pengguna Twitter yang memuji keperibadian pelakon ini mempunyai IQ setinggi 180, berbakat dan cantik.

Sponsored

Tweet itu kemudiannya dibalas oleh pengguna lain yang menambah dengan Amelia adalah seorang janda. Bagaimanapun, disebabkan itu Amelia membalas dengan ayat seperti berikut:

“Jika masalah terbesar dengan saya adalah saya pernah berkahwin, saya rasa saya ok je.”

Sponsored

Selain dari itu Amelia juga berpendapat panggilan janda padanya adalah biadap. Tulisnya lagi dia tidak suka dengan perkataan janda itu. Malah pelakon jelita ini turut menegur supaya berhenti dari merendahkan wanita menerusi status hubungan lebih-lebih lagi kini sudah masuk tahun 2023.

“Saya benci sangat perkataan janda…Dah 2023 boleh tak kita berhenti merendahkan wanita dengan status hubungan kami?”

Sponsored

Tambahnya lagi, sebagai seorang pelakon, model, pengacara, penerbit dan penari yang memenangi anugerah dengan pengalaman selama 27 tahun, panggilan janda itu adalah paling biadap dan tidak menarik untuk menggambarkan dirinya.

“Saya adalah pelakon pemenang anugerah, model, pengacara, poduser dan penari dengan pengalaman selama 27 tahun. Janda adalah gelaran paling tidak dihormati dan cara tak menarik nak menggambarkan diri saya”, tulis Amelia Henderson tak suka gelaran janda ini.