Baru-baru ini kemunculan pelakon baharu, Amir Ahnaf di acara Gempak Most Wanted Award 2022 mengundang dirinya menjadi fenomena di media sosial apabila pelakon kesukaan ramai dalam sebuah drama bersiri baharu berjudul Projek High Council menyebabkan dirinya tidak henti-henti menjadi perhatian.
Itu membuktikan meskipun dia adalah salah seorang pelakon baharu namun dia berjaya membawa wataknya dengan baik dalam drama tersebut. Memegang watak bernama Kahar dengan gaya rambut kerinting adalah antara Amir Ahnaf berjaya mencuri perhatian ramai.
Hantaran yang tular itu selepas dikongsikan Amir Ahnaf di akaun TikTok miliknya juga mengundang perhatian ramai dengan penampilan dirinya itu. Tetapi baru-baru ini pula di acara Gempak Most Wanted Award 2022, Amir Ahnaf tampil buat pertama kali rasanya dengan imej terbaharu.
Dahulunya berambut kerinting, Amir Ahnaf terbaharu dilihat membuat gaya rambut lurus pula. Ternyata, rambut lurusnya ini mendapat perhatian lagi dan menerima komen positif ramai.
Diruangan komen, ada juga yang menyamakan dia dengan pelakon popular Bollywood iaitu Arjun Rampal ketika berambut lurus. Seperti biasa, wajah kacak pelakon ini membuatkan dia menerima ribuan tanda suka beserta pelbagai komen pujian oleh peminat.
“Dah macam Arjun Rampal bila rambut lurus gini, miss your curly hair lah”


“Stay jela straight hair tu menciduk sangat”

“Sukalah gaya rambut tu”

“Rambut straight pun hensem”



