Pelakon dan pengacara Amyra Rosli meluahkan rasa kecewa apabila harapannya untuk mencantikkan rumah ibu bapanya tidak kesampaian. Menerusi hantaran yang dimuat naik itu, Amyra memberitahu dia telah menjadi mangsa penipuan syarikat pereka dalaman yang sepatutnya melakukan renovasi di rumah ibu dan bapanya.
Menurutnya, dia telah membayar lebih RM240,000 dan menunggu hampir setahun untuk proses renovasi dan hiasan itu dilakukan. Namun projek itu masih lagi terbengkalai malah lebih teruk lagi, bangunan rumah tersebut juga menjadi semakin rosak sekarang ini.
“Selepas membuat bayaran sebanyak RM240,000 ++ dan hampir setahun kami menunggu dan sabar dengan segala alasan dari mereka, inilah hasil yang saya dapat. Semakin rosak bangunan rumah mama ayah.”
Ramai yang jadi mangsa
Tambah pelakon itu lagi, dia juga mendapati ramai rupanya yang pernah terkena dan menjadi mangsa penipuan syarikat berkenaan. Malah Amyra memberitahu banyak projek yang terbengkalai dan mengalami nasib yang sama seperti yang dilaluinya ini.
“Banyak jugak saya dengar ramai yang terkena dengan diorang, ambik projek banyak-banyak and then terbengkalai. Astaghafirullahazim, berani betul korang aniaya orang kat dunia ni.”
Walaupun kecewa dengan situasi itu, isteri kepada pelakon Amar Bahrin ini memberitahu dia akan tetap berusaha menghabiskan renovasi di rumah orang tuanya ini. Dalam masa yang sama, Amyra memberitahu dia redha dengan nasib yang dialaminya ini dan percaya ada hikmah di sebalik yang berlaku.
Hantaran video yang dimuat naik di Instagram itu turut meraih perhatian ramai yang meminta pelakon itu mendedahkan nama syarikat tersebut untuk mengelakkan yang lain menjadi mangsa penipuan. Namun berdasarkan tinjauan, Amyra telah pun memadamkan video tersebut dari akaunnya.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.