“Setepek kena”- Tiba2 mengaku bekas kekasih Syamel, Ernie Zakri ‘sound’ jadi perhatian ramai

Sponsored

Isu perampas menjadi topik paling hangat terkini yang mengundang rasa marah ramai dan cukup sensitif dibualkan di media sosial. Malah dikalangan selebriti juga isu tersebut begitu hangat diperkatakan.

Walau bagaimanapun, terbaharu klip video pasangan penyanyi popular iaitu Syamel dan Ernie Zakri mendapat perhatian warganet dan peminat mereka. Sekadar info, pasangan ini berkahwin pada Mac 2021 dan kini mereka semakin bahagia selepas dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Nur Khawla Soleha.

Sponsored

Terbaharu, satu klip video menarik perhatian warganet apabila pasangan ini menerima komen daripada seorang individu ketika membuat video live di media sosial. Sedang asyik Syamel dan Ernie Zakri berbual tiba-tiba satu komen menarik perhatian Ernie Zakri sendiri untuk menbacanya, “I ex girlfriend Syamel, ingat lagi tak.”

Komen tersebut membuatkan Ernie Zakri terus ‘sound’ individu berkenaan dan mencari tahu siapakah pemilik akaun tersebut namun rupa-rupanya adalah akaun palsu. Dalam pada Ernie Zakri membuka mulutnya tentang penganggu rumah tangga orang, dia juga berdoa agar dijauhkan.

Sponsored

Dalam pada itu, peminat dan warganet juga meninggalkan pelbagai komen buat pasangan berkenaan apabila rakaman video tersebut juga tular ditonton ribuan kali selepas dikongsikan semula.

‘Hamekk sapa makan cili dia rasa pedas’

Sponsored

‘Cool giler Ernie’

‘Yang kat belakang tu dub dab dah jantung, nasib dia cakap ex gf…

‘Cari pasal ni’