Drama yang semakin menjadi buah mulut ramai iaitu Rindu Kasih ditayangkan di TV3 ini sudah pun berakhir malam tadi. Jalan cerita dan para pelakon naskah karya ini sememangnya telah membuatkan para penonton berlinang air mata menyaksikannya.
Sebuah kisah perjalanan hidup Salina atau Ina lakonan Ummi Nazeera yang mencari kasih ibunya hingga ke bilik berjeriji membuatkan ramai yang tak sangka karakter tersebut dilakonkan dengan baik sekali.
Bukan itu sahaja, lakonan Amyza Aznan sebagai ibu yang sanggup meninggalkan suami dan anaknya ketika kecil juga berjaya meraih perhatian penonton. Memegang karakter sebagai ibu kepada Salina yang mementingkan diri dan lari ikut lelaki lain, namun akhir dipenjara kerana jenayah dadah.
Menghembuskan nafas terakhirnya juga di dalam penjara, tetapi dia sempat merasai kasih sayang anaknya hingga ke hujung nyawa. Dalam satu rakaman dikongsikan baru-baru ini dipaparkan Amyza Aznan kongsi nasihat kepada isteri-isteri di luar sana seperti berikut:
Amyza Aznan kongsi nasihat ini sangat bermakna kepada isteri yang seharusnya taat pada suami biarpun dilanda ujian. Bagaimanapun, satu lagi muat naik yang dikongsikan menerusi akaun Instagram milik pelakon ini dia meluahkan seperti berikut:
Dalam muat naik tersebut, Amyza Aznan mengakui dia sendiri turut terganggu emosi disebabkan lakonanan dalam drama tersebut. Tambahnya lagi dia juga tidak dapat membayangkan bagaimana banduan-banduan yang melalui fasa sebegini dalam dunia realiti.