Pelakon ‘Jahat’ Dalam Rindu Kasih Dimaki, “Maksudnya Lakonan Pak Hassan Menjadi”

Sponsored

Drama berjudul Rindu Kasih ini semakin tiba di penghujungnya. Episod akhir bakal ditayangkan pada Isnin malam nanti.

Sebuah judul yang boleh dikatakan menjadi bualan ramai di sosial media dengan paparan kisah penderitaan seorang wanita bernama Ina. Sejak kecil ditinggalkan bersama bapanya menjadikan dia membesar tanpa kasih sayang insan bergelar ibu.

Sponsored

Bila berkahwin, ibu mertua pula benci. Kena fitnah macam-macam hinggalah satu hari Ina dapat tahu ibunya masih hidup dan di dalam penjara. Demi mengejar kasih seorang ibu, Ina bertemu dengan ibunya di penjara sebagai banduan.

Rindu Kasih ini dibintangi oleh barisan pelakon yang cukup berbakat. Dari karakter utama hinggalah sampingan dan pelakon jahat, semuanya pandai merealisasikan watak dipertanggungjawabkan. Antara pelakonnya adalah Ummi Nazeera, Izzue Islam, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.

Sponsored

Terbaharu, salah seorang pelakon jahat dalam Rindu Kasih telah memuat naik satu video yang mana dia telah dimaki di ruangan komen TikTok. Pelakon tersebut membintangi karakter Pak Hassan yang banyak membantu Halijah buat-buat kerja jahat.

Di video tersebut, penonton itu meluahkan rasa marahnya pada karakter Pak Hassan dengan menulis seperti berikut:

Sponsored

“Bekas banduan yang tak sedar diri sanggup bersama dengan si syaitan untuk menghapuskan orang yang tak berdosa semata-mata kerana duit. Terimalah balasan kau ya”

Di ruangan komen, rata-rata warganet akui pelakon jahat dalam drama Rindu Kasih ini berjaya membuatkan orang geram menyaksikannya. Berikut antaranya:

“Maksudnya lakonan Pak Hassan sangat menjadi”

“Aduhh la hahaha mak sapa ni… Kan belakon je..Betol2 menjiwai watak ni…”

“Kalau ada yang tak suke kira kan dah menjadi lakonan Pak Hassan ni”