Anak Arwah Abam, Hamzah Didakwa Disihir Sejak Bayi, Kini Saraf Mula Rosak

Sponsored

Semalam balu kepada pelawak terkenal Arwah Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali memuat naik satu video meminta bantuan orang ramai yang kenal dengan perawat rawatan Islam. Dakwa Siti Norhidayah atau lebih mesra dengan panggilan Dayah ini dia dan anaknya Hamzah terkena gangguan sihir.

Kata Dayah lagi gangguan sihir itu bermula sejak suaminya meninggal dunia tiga tahun lalu. Terbaharu, abang kepada Dayah pula mendedahkan keadaan Hamzah dalam satu perkongsian video.

Sponsored

Dalam rakaman itu dipaparkan Hamzah atau nama penuhnya Syed Uthman Hamzah Al-Juffery dilihat sukar memegang sudu ketika makan. Menerusi ruangan kapsyen, abang kepada Dayah Abam yang mengelarkan dirinya Ayah Jang meluahkan rasa simpati melihat keadaan anak saudaranya itu.

Terkena gangguan sihir sejak bayi lagi

Tulisnya sebelum ini tangan kanan Hamzah tiada masalah tapi kini sukar untuk pegang sudu dan asyik terjatuh. Dakwa lelaki ini lagi, Hamzah terkena gangguan sihir sejak bayi lagi dan menyebabkan anak kecil ini tidak dapat tidur lena setiap malam.

Sponsored

“Banyak penderitaan ko buat pada ucuk aku sejak ayah dia meninggal dari dia baby kau sihir ganggu dia setiap malam sampai dia tak lena tidur, menangis2 sampai tiru5 dia tak normal ko sihirkan.”, tulis abang Dayah Abam mengenai Hamzah didakwa disihir.

Doktor sendiri tak dapat kenal pasti…

Tambahnya juga, Hamzah sering keluar masuk hospital namun doktor sendiri tidak dapat mengenal pasti masalah dihadapi anak kecil ini.

Sponsored

“Sampai dah besar sikit ni pun kau masih sanggup lagi hantar sihir sampai hamzah asyik keluar masuk2 hospital, aku tak penah nak update pasal ucuk aku sebab aku takut kau akan hantar lg jahat utk sakitkan dia lagi, sampai doct sendiri tak dapat tahu apa masalah sakit hamzah”

Hamzah sampai dah nak nyawa-nyawa ikan

Selain itu individu ini turut persoalkan apalah yang pernah dilakukan oleh anak buahnya itu hingga sanggup hantar sihir. Terkini urat saraf dalaman anak kecil ini sudah rosak.

“Apa ucuk aku buat pada kau! apa dosa dia pada kau! sanggup buat dia mcm ni, aku dah tak sanggup tengok keadaan ucuk aku kau asyik hantar2 sihir budak ni sehat je, kau hantar lagi sihir dan hantar sihir sampai rosakkn sistem urat saraf dalaman ucuk aku”

“Sampai dah nak nyawa2 ikan kau buat pada hamzah, mulut berbuih, Budak bukan lawan kau! mari sini ko, belawan dgn aku! Apa yang kau nak sebenarnya ya penyihir!! ALLAH BERSAMA KU”, tulis abang Dayah Abam mengenai Hamzah didakwa disihir.

Mohon ditunjukkan kebenaran dan terungkai segalanya

“Aku mohon pada Allah supaya perawat2 islam, pakar2 perubatan dapat sembuhkan hamzah dan terungkai lah SIAPA org yang menyihir HAMZAH & HIDAYAH selama ini, Ya ALLAH kau tunjukkan kan jalan & kau tunjukkanlah semuanya.”

SumberFacebook