Dayah Abam Dakwa Disihir Sejak Arwah Meninggal, “Mohon Kepada Sesiapa Dapat Membantu…”

Sponsored

Baru-baru ini Siti Norhidayah atau lebih dikenali dengan Dayah Abam telah memuat naik satu video meminta bantuan orang ramai untuk mendapatkan pengamal perubatan Islam. Balu kepada Arwah Abam ini juga mengakui terkena sihir.

Dalam rakaman tersebut kedengaran wanita ini memberitahu sejak Arwah Abam meninggal lagi Dayah dan anaknya, Hamzah terkena gangguan ini dan berlarutan sehingga kini.

Sponsored

Diganggu sejak Arwah Abam Meninggal Lagi

Selain itu wajah Dayah yang sugul meminta bantuan orang ramai ini telah membuatkan warganet simpati dengan apa yang perlu dihadapi oleh wanita ini.

“Saya minta pertolongan kepada sesiapa sahaja pakar perubatan Islam, ustaz atau ustazah yang mempunyai kepandaian merawat sihir yang boleh mengubati saya dan Hamzah yang disihir dan mengalami gangguan mistik sejak arwah suami meninggal dunia.

Sponsored

Mohon bantuan perawat…

“Mohon kepada sesiapa dapat membantu saya dan Hamzah, bolehlah menghubungi abang saya, Azmier. Assalamualaikum,” kata Dayah Abam dakwa disihir dalam rakaman itu.

Berikut adalah perkongsian rakaman Dayah Abam dakwa disihir dan meminta sesiapa mengenali perawat atau pengamal perubatan Islam untuk menghubungi abangnya:

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, beberapa netizen turut membantu dengan memberikan pelbagai tip kepada Dayah Abam untuk berdepan dengan perkara tersebut. Berikut antaranya:

“Sebelum dapat cari perubat..Boleh rawat diri dulu..Cari daun bidara campur dalam air letak dan perahkan limau nipis…”

“Hmm rasanya tak perlu kot umum kat semua. Boleh je slowly cari sebab nanti macam mengeruhkan keadaan..”

“Bahaya buat pengakuan macam ni..Yang tengok ramai, boleh jatuh fitnah kalau orang silap menunding pada orang yang salah”

“Dayah please do ruqyah sendiri dulu. In sha Allah boleh. Jangan meletakkan sesuatu pada makhluk”