Anak kepada pelakon dan usahawan, Fizo Omar diberi nama Maryam ini nampaknya semakin terserlah kecantikannya bila semakin meningkat usia. Bagaimanapun, anak Fizo Omar hasil perkahwinan pertamanya bersama Mawar Karim ini masih dikategorikan sebagai kanak-kanak.
Terbaharu, satu video pendek dimuat naik menerusi akaun Tiktok Mawar Karim dengan paparan dirinya bersama Maryam telah mencuri perhatian ramai.
Dalam rakaman itu dipaparkan si cilik Maryam sedang membuat tarian mengikut trend semasa di aplikasi tersebut. Gayanya yang comel membuatkan ramai geram aksi Maryam itu.
Berikut adalah rakaman anak dara Fizo Omar, Maryam yang baru berusia enam tahun dan dikongsikan menerusi akaun Tiktok milik ibunya itu:
Perkongsian video dengan paparan gelagat dua beranak ini telah membuatkan ramai terhibur dan meraih lebih 1.2 juta tontonan. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan Maryam yang sudah terserlah sejak kecil lagi.
Manalah tumpahnya kuah kalau tak ke nasi bukan? Ibunya pun jelita dan bapanya pun boleh tahan kacak! Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian anak dara Fizo Omar jadi perhatian tersebut:
“Cantikla Maryam dah besar jadi kakak”
“Tak sabar nak tengok Maryam besar, lawa sangat!”
“Maryam macam barbie doll”
“Cantik betul Maryam ni ee..Memang lawa mix penang dan kelate”
“Kecik2 ni pun cantik dah. Besar nanti macam mana la Maryam weh”