Sejak akhir-akhir ini kecoh di sosial media apabila usahawan, Mawar Karim dikatakan perli memerli bekas suaminya menerusi media sosial. Kontroversi ini turut mendapat perhatian ramai dan Fizo Omar sendiri.
Terbaharu pelakon dan pengacara, Fizo Omar jelaskan isu perli yang melihatkan bekas isterinya itu. Dalam sesi temu bual bersama Melodi, Wan Hafizol Wan Omar atau lebih dikenali dengan nama Fizo Omar menegaskan sindirian yang dibuat oleh bekas isterinya itu adalah satu fitnah yang boleh jejaskan nama dan keluarganya.
‘Sebut sahaja nama senang’
Kata Fizo pada awalnya dia agak ketinggalan dan tak tahu mengenainya hinggalah salah seorang pekerja ada beritahu mengenainya. Malah Fizo juga akui dia agak kurang jelas namun bila lihat respons netizen memang perlian itu ditujukan kepadanya.
“Kalau betul, jadi gentle tak perlu berkias-kias. Sebut sahaja nama senang nak ambil tindakan susulan. Pada saya itu satu fitnah yang boleh menjatuhkan reputasi saya dan keluarga. Tak gentlelah nak meroyan di sosial media seorang, tak puas hati, petik nama. Rasa kalau ada benda tak betul kita pergi mahkamah,” kata Fizo Omar jelaskan isu perli berkenaan.
Tak teragak-agak untuk ambil tindakan tegas
Fizo juga memberitahu dia tak teragak-agak untuk ambil tindakan tegas supaya perkara sebegini tidak berulang. Selain akui sudah tiga tahun berpisah dan tak pernah buat sebarang kenyataan kerana memikirkan anak.
“Benda dah lepas, saya dah berkahwin, dah bahagia, dah berkeluarga dan dia sendiri pun dah ada pasangan dan keluarga. Jaga pasangan masing-masing. Tak perlu buang masa,” kata Fizo.
Tambah Fizo lagi dia berharap supaya dapat bersahabat demi membesarkan anak itu lebih bagus dan isu ini tak berpanjangan demi kebaikan anak serta menjaga nama baik kedua-dua keluarga.