Anak Erra Fazira Dipuji Dengan Penampilan Sopan Dan Berhijab, “Tak Perlu Seksi Untuk Popular”

Sponsored

Kejelitaan bekas ratu cantik dan kini adalah seorang pelakon, penyanyi dan pengacara dikenali dengan nama Erra Fazira sememangnya diakui ramai. Di usianya kini kecantikan masih dijaga dan tak banyak berbeza dari zaman mudanya.

Kini kecantikan Erra Fazira itu diwarisi anak perempuannya, Engku Aleesya yang kini sudah meningkat remaja. Baru-baru ini perkongsian satu rakaman dengan paparan Erra Fazira meluangkan masa dengan anak perempuannya itu telah mencuri perhatian ramai.

Sponsored

Dalam muat naik itu dipaparkan Erra Fazira bersama anaknya yang mengenakan pakaian serba hitam dan putih manakala tudung kelabu. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah penampilan anaknya yang sopan dan berhijab.

Berikut adalah rakaman yang membuatkan anak Erra Fazira dipuji dengan penampilan sopan dan berhijab tersebut:

Sponsored

Betullah kata pepatah ada mengatakan mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Cantik dan jelita persis ibunya! Perkongsian rakaman anak Erra Fazira dipuji ini yang dimuat naik menerusi Instagram selebriti jelita itu telah meraih lebih 300 ribu tontonan.

Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian tersebut. Ada yang kagum dengan kecantikan anak Erra Fazira ini dan turut memujinya kerana berpakaian sopan.

Sponsored

Berikut antara yang diluahkan oleh warganet menerusi ruangan komen perkongsian rakaman tersebut:

“Cantik nye anak dara Era pakai hijab. Kekal pakai hijab nya anak cantik”

“Tolong la macam adik dengan kakak jelesnyaa”

“Alhamdulillah. Tahniah Erra kerana didik anak untuk berhijab. Semoga istiqamah. Semoga Allah permudahkan, kurniakan keberkatan dan kejayaan kepada Erra sekeluarga”

“Suka Aleesya sebab dia tak perlu seksi-seksi untuk popular. Pemalu pun ye”