Anak Gadis Bekas Tunang Anju Jadi Perhatian, “Anak Pon Lawa Aih”

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini nama bekas tunang kepada pelakon, Zarina Anjoulie iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey menjadi perhatian ramai. Sejak dari bergelar kekasih, tunang dan akhirnya bekas tunang, kisah percintaan pasangan ini sering menjadi buah mulut ramai.

Pertunangan Zarina Anjoulie atau lebih mesra dengan panggilan Anju dengan lelaki itu tidak sampai sebulan dan putus di tengah jalan.

Sponsored

Anak gadis Khazrul curi perhatian

Biarpun kemelut hubungan mereka masih hangat diperkatakan, namun siapa sangka bekas tunang Anju ini miliki anak gadis cantik dan menjadi perhatian ramai.

Muat naik di Stories TikTok akaun milik anak gadis bekas tunang Anju dengan nama Syazreen ini telah menjadi perhatian netizen. Berikut adalah perkongsian oleh gadis ini:

Sponsored

Wajah iras bapa

Dalam muat naik itu dipaparkan gadis ini bersama bapanya yang juga merupakan bekas tunang Anju. Malah gadis ini sempat menulis, ‘anak bapak’. Dapat dilihat juga gadis dengan nama Syareendskhazrul ini memiliki wajah iras bapanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi tak sangka mereka yang Khazrul miliki anak gadis secantik ini. Berikut antaranya:

Sponsored

“Saya akan biasakan dengan panggilan daddy mulai sekarang”

“Cantik la cucu papa…Ni mesti nenek dia gojes”

“Laa memang anak dia la. Masa tunang anju dia ada. Tapi time tu dia pakai tudung”

“Ayah dia rupanya patut muka sama I dok pikir muka macam sapelah macam penah tengok”

SumberTikTok