Anggap Gelaran ‘Penyondol’ Keterlaluan, Sophia Albarakbah Menangis Setiap Hari Dikecam

Sponsored

Nama pelakon Sophia Albarakbah menjadi bualan hangat beberapa minggu lalu gara-gara kontroversi di antara dia dan Aliff Aziz. Terdahulu, pelakon wanita ini mengakui menyimpan perasaan terhadap suami kepada Bella Astillah selepas mereka bergandingan bersama di dalam sebuah drama.

Malah Sophia sendiri mendedahkan perkara itu kepada Bella Astillah yang kemudiannya memuat naik mesej perbualan mereka di Instagram. Susulan pengakuan itu, Sophia telah menerima kecaman hebat dari netizen yang menggelarnya sebagai ‘penyondol’ di dalam rumah tangga pasangan itu.

Sponsored

Selepas lama mendiamkan diri, Sophia akhirnya berkongsikan mengatakan dia menangis hampir setiap hari gara-gara dikecam di media sosial. Pelakon itu juga menganggap gelaran ‘penyondol’ yang diberikan kepadanya itu juga adalah keterlaluan.

“Saya menangis setiap hari. Tapi saya kena kuat. Saya tidak boleh bersedih dan melayan hal yang tidak berkaitan dengan kerja saya. Cuma ya, perkataan penyondol adalah satu label yang tidak baik dan keterlaluan.”

Sponsored

Dalam masa yang sama, Sophia turut ditanyakan tentang perasaannya terhadap Aliff Aziz namun pelakon wanita itu hanya sekadar menggelengkan kepalanya dan tidak mengulas lebih lanjut. Jelasnya, dia menganggap lebih baik sekiranya dia tidak bercakap apa-apa mengenai isu tersebut.

Namun Sophia menafikan dia mempunyai hubungan yang tidak baik dengan Aliff dan menepis dakwaan mereka tidak bertegur sapa di set penggambaran. Menurutnya, mereka berdua kekal profesional dan menjalankan tugas mereka bagi menyelesaikan baki penggambaran drama.

Sponsored

Walaupun menerima kecaman hebat, Sophia mengaku dia kini berada dalam keadaan yang stabil dan emosinya juga lebih baik serta mampu berdepan dengan pelbagai kontroversi. Tetapi pelakon itu sedar, dia tidak mampu untuk menutup mulut orang dari terus berkata-kata buruk mengenai dirinya.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbergempak