Digelar ‘Penyondol’, Netizen Tak Jadi Samakan Sophia Albarakbah Dengan Ira Kazar, “Lawa Sangat Ni Masalahnya…”

Sponsored

Terdahulu, Bella Astillah mendedahkan tentang pelakon wanita yang mengganggu suaminya, Aliff Aziz dan dikatakan menyimpan perasaan terhadap pelakon lelaki itu. Susulan pendedahan ini, nama Sophia Albarakbah telah disebut sebagai heroin drama yang dimaksudkan.

Malah akaun media sosial Sophia juga telah ‘diserang’ oleh netizen yang mengutuk tindakannya mengganggu suami orang. Tidak cukup dengan itu, netizen turut menggelarkan pelakon wanita itu sebagai ‘penyondol’ kerana telah menggugat keharmonian rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz.

Sponsored

Oleh kerana ia berkaitan dengan ‘penyondol’, nama isteri kedua kepada Syamsul Yusof juga turut sama terpalit dengan pelakon wanita ini. Ini kerana kedua-dua wanita ini dikatakan menjadi orang ketiga dan mengganggu rumah tangga orang lain yang sudah berkahwin.

Komen netizen

Walaupun menerima kecaman hebat, ada juga netizen yang berbelah bahagi selepas melihat kecantikan yang dimiliki oleh Sophia Albarakbah ini. Malah ada yang tidak jadi untuk menyamakan pelakon wanita itu dengan Ira Kazar dan menganggap kedua-dua mereka tidak termasuk dalam geng ‘penyondol’ yang dimaksudkan.

Sponsored

“Takleh geng dengan Ira Kazar ni. Lawa sangat ni masalahnya.”

“Kau lawa orang sanjung.”

Sponsored

“Cantik sangat dia ni masalahnya, kalau aku jadi Aliff pun tak tau nak pilih yang mana wei. Tergugat jugak lah jiwa jantan tu.”

Dalam masa yang sama, netizen mengakui jika wanita secantik Sophia ini menjadi orang ketiga, pastinya sesiapa sahaja akan goyah dan tergugat dengan godaan pelakon itu. Perkongsian video di Tik Tok itu kini telah menerima lebih dari sejuta tontonan dan dihujani dengan komen netizen yang memuji kecantikannya.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok