Wang Kertas RM1 Dijual Pada Harga RM1,000, Pembeli Kongsi Sebab Tawar Harga Tinggi, “Memang Susah Dapat…”

Sponsored

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman seorang pengumpul wang lama yang sanggup membayar harga tinggi untuk sehelai wang kertas RM1. Video yang dimuat naik itu kini telah menerima lebih tiga juta tontonan di Tik Tok dan mencetuskan pelbagai tanda tanya.

Malah ramai yang berasa hairan mengapa dia sanggup membeli sehelai wang kertas RM1 itu pada harga RM1,000. Menerusi video yang dikongsikan itu, pemilik video yang merupakan seorang pengumpul wang lama berjumpa dengan seorang pemuda yang memiliki wang kertas RM1 itu.

Sponsored

Selepas memeriksa keadaan wang kertas itu, dia menyerahkan wang tunai berjumlah RM1,000 kepada pemuda tersebut sebagai bayaran. Menurut pengumpul wang lama dikenali sebagai Ah Kai ini, wang lama adalah sebahagian dari bisnes dan hobinya sejak dahulu lagi.

Nombor siri semua sama

Tambahnya, wang RM1 yang masih digunakan sekarang ini tidak begitu istimewa kerana wang kertas yang ditandatangani oleh bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz itu masih lagi banyak digunakan jika dibandingkan dengan wang kertas yang dibelinya ini.

Sponsored

“Dalam video ni, duit dia bernilai tinggi kerana nombor sirinya semua sama iaitu lapan dan saya suka. Sebab itulah saya beli dengan harga tinggi.”

Ah Kai memberitahu nombor lapan bukan sahaja dianggap bertuah malah menjadi nombor pilihannya. Jelasnya, susah untuk mendapat wang kertas yang mempunyai semua nombor siri sama yang dipanggil nombor ‘solid’ dan ini menjadi rebutan para pengumpul wang lama.

Sponsored

“Semua nombor yang sama memang susah dapat dan menjadi rebutan ramai pengumpul wang. Ini yang kita namakan nombor solid.”

“Saya ada banyak koleksi nombor solid. Saya kumpul nombor siri satu, tiga, tujuh, lapan dan sembilan. Nombor lapan ini macam Huat Ong (kemakmuran dan tuah) bagi orang Cina.”

Difahamkan, dia menawarkan harga sebanyak RM1,000 kepada pemilik wang itu di mana pemuda itu akhirnya bersetuju dengan tawaran tersebut. Malah pemilik wang itu juga berkata jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding harga yang ditawarkan di kedai lain iaitu RM300 sehingga RM700.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.