“Semoga Nafkah Anak-Anak Takkan Putus…”, Shuhada Sudah Ke Mahkamah Syariah, Hafidz Roshdi Bagi Respon

Sponsored

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi baru-baru ini memuat naik sebuah hantaran di Instagram memaparkan gambarnya di Mahkamah Syariah. Di dalam perkongsian itu, Shuhada dilihat memakai jubah dan tudung hitam berserta sebuah fail yang dipegang di tangannya.

Menerusi ruangan kapsyen, Shuhada berharap pemberian nafkah untuk kedua-dua anaknya tidak terputus susulan perceraian dia dan bekas suami. Difahamkan, wanita itu hadir di Mahkamah Syariah Selangor untuk menguruskan hal berkaitan perceraian dia dan Hafidz Roshdi.

Sponsored

“Semoga nafkah anak-anak takkan putus. Amin Ya Mujib.”

Perkongsian Shuhada ini turut dihujani dengan doa dan kata-kata semangat dari netizen yang berharap wanita itu kekal kuat menghadapi dugaan tersebut. Selain komen-komen dari netizen, bekas suaminya juga turut sama meninggalkan komen di perkongsian yang dimuat naik oleh Shuhada ini.

Sponsored

Pelakon itu seolah-olah membalas kapsyen yang ditulis oleh bekas isterinya itu di mana Hafidz memaklumkan dia akan tetap memberikan nafkah buat anak-anak mereka. Terdahulu, pelakon itu juga turut memuat naik gambar bersama anak-anaknya apabila dia membawa mereka keluar membeli mainan.

“InshaAllah rezeki anak anak takkan putus nafkah pun sama.”

Sponsored

Sekadar info, kemelut rumah tangga pasangan ini hangat diperkatakan apabila muncul orang ketiga dalam hubungan mereka. Walaupun pada awalnya pelakon itu menepis dakwaan tersebut, ia akhirnya terbongkar apabila Shuhada sendiri mendedahkan di media sosial tentang ‘penyondol’ yang diperkatakan ramai.

Seorang wanita kemudiannya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesalahannya itu. Kemelut rumah tangga pasangan ini akhirnya berakhir selepas pelakon itu melafazkan cerai terhadap Shuhada menerusi panggilan telefon.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram