“Anita Baharom Kahwin Tak Cukup Setahun, Tak Ada Isu Pun”, Shuib Hairan Dengan Sikap Netizen

Sponsored

Semenjak hubungan Shuib bersama Watie diketahui ramai, pasangan ini tidak terlepas daripada menjadi tumpuan netizen dan apa sahaja yang dikongsikan mereka akan menjadi bualan warganet. Sehinggakan ada yang membuat pelbagai andaian yang tidak betul mengenai wanita tersebut.

Malah ada juga yang mendakwa Watie akan menjadi ibu tiri yang garang untuk anak-anak Shuib sekaligus membuatkan mereka kurang senang dengan hubungan pasangan ini. Susulan itu, Shuib turut meluahkan rasa hairan dengan segelintir netizen yang kurang senang sekiranya dia ingin berkahwin dengan Watie.

Sponsored

“Diorang tak sabar ke nak marah saya kahwin? Kang kalau saya kahwin, nanti orang marah. Bila Anita Baharom kahwin, tak cukup setahun (suami meninggal) tak ada isu pun.”

Shuib akui ramai yang mengambil berat tentang hidupnya selepas dia kehilangan isteri tercintanya dan mahukan dia mendapat yang terbaik. Namun baginya, soal perkahwinan hanya dia dan pasangan sahaja yang kenal dengan satu sama lain di mana orang lain mungkin hanya nampak dari luaran sahaja.

Sponsored

“Saya jadi tak faham, mungkin orang ambil berat pasal saya sebab itu mahu yang terbaik untuk saya. Tapi bila kita nak berumah tangga, kita saja yang tahu, yang kenal pasangan, kita saja. Mungkin orang hanya nampak luaran sahaja.”

Bapa kepada empat cahaya mata itu memberitahu dia berasa rimas dan sensitif apabila diajukan soalan tentang wanita yang akan menjadi peneman hidupnya. Baginya, soalan tersebut boleh membuatkan dia menjadi sensitif namun sedar orang ramai hanya mengambil berat tentang hidupnya sahaja.

Sponsored

Sebelum ini, hubungan Shuib dan Watie mula diperkatakan ramai selepas pelawak itu berkongsikan gambar dia bersama anak-anak menjamu selera di restoran Gordon Ramsay. Di dalam gambar tersebut, ramai yang dapat melihat susuk tubuh Watie menerusi pantulan cermin di belakangnya.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbergempak