“Best giler”- Lakonan Redza Rosli & Scha Elinnea ‘dihujani’ komen pujian peminat

Sponsored

Sekali lagi nampaknya drama pelakon Redza Rosli dan Scha Elinnea berjaya mendapat perhatian penonton drama tempatan. Sebelum ini kedua-duanya berhasil membawa watak dalam drama dibintangi masing-masing sehingga ada peminat yang meminta agar dua pelakon ini digandingkan bersama.

Ternyata dalam drama berjudul Hati Tanpa Rasa peminat dapat menyaksikan keserasian kedua-duanya yang mana Redza Rosli sebagai Naufal Nidham dan Scha pula membintangi watak bernama Nur Kaisara.

Sponsored

Jadi melihatkan pula Redza Rosli memuat naik beberapa keping foto dia bersama pelakon jelita tersebut di ruangan Instagram, ramai peminat hadir meninggalkan pelbagai reaksi positif mereka tentang drama Hati Tanpa Rasa yang mengandingkan mereka itu.

Ternyata keserasian antara dua pelakon ini berhasil membuatkan peminat terkesan sehingga ada yang sedih apabila ia melabuhkan tirai dengan 26 episod. Rata-ratanya begitu senang dengan jalan cerita ditambah pula Redza Rosli dan Scha Elinnea cukup sesuai dengan watak dibintangi mereka itu.

Sponsored

Hantaran foto tersebut selain ditinggalkan ribuan tanda suka, ada juga berharap drama Hati Tanpa Rasa mempunyai musim yang kedua.

‘Terbaik lakonan semua pelakon, terbaik hero dan heroin pelakon air mata baru malaya…’

Sponsored

‘Suka tengok drama Hati Tanpa Rasa, semoga drama ni menjadi pengajaran dan tauladan tuk kita’

‘Best giler drama ni, Redza tak pernah kecewa kan peminat dan penonton’

‘Lakonan mantap korang berdua, tapi nak tengok ending cite ni macam mana nanti’

Redza Rosli
Redza Rosli