Anju berbaik dengan bekas tunang, ramai lega lepas ‘berperang’ di sosial media

Sponsored

Kemelut antara pelakon Zarina Anjoulie dengan bekas tunangnya, Datuk Khazrul Elzey nampaknya sudah menemui noktah. Sebelum ini bekas tunang pelakon ini dilihat mendedahkan pelbagai perkara mengenai Zarina Anjoulie atau lebih mesra dengan panggilan Anju.

Tidak berdiam diri, Anju turut berbalas kenyataan bekas tunangnya itu menerusi akaun sosial medianya menyebabkan kemelut pasangan ini menjadi tumpuan ramai.

Sponsored

Terbaharu, nampaknya Anju berbaik dengan bekas tunang dan masing-masing membuat permohonan maaf. Menerusi perkongsian di TikTok, Anju memuat naik foto keluarga ahli korporat berusia 45 tahun itu datang ke rumah untuk berbaik.

Dalam perkongsian tersebut, Anju menulis yang dia menghargai kunjungan keluarga bekas tunangnya itu. Anju juga akui sayang akan keluarga tersebut dan tidak kira apa juga yang berlaku dia akan sentiasa sayang dan menghormati keluarga tersebut.

Sponsored

Malah dalam satu muat naik di Tiktok stories, Anju berbaik dengan bekas tunangnya itu turut berkongsikan kata terima kasihnya kepada Khazrul kerana meminta maaf kepada keluarga dan dirinya. Anju juga berharap semoga dia dan bekas tunangnya itu dapat berdamai selepas ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan syukur akhirnya ‘perang’ kenyataan di sosial media ini berakhir. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:

Sponsored

“Jangan get back balik Anju..Cukup sekadar berdamai sahaja”

“Baik sekejap nanti gaduh balik.. Sama macam haritu dah gaduh dah tu berbaik I sayang u. U sayang I then after that gaduh balik”

“Tindakan bijak. Moga perbalahan yang tercetus dapat digantikan dengan kebaikan bagi kedua2 pihak”