Syamsul Yusof Mohon Jadi Pencelah Dalam Petisyen Perintah Injunksi Puteri Sarah Dan Ira Kazar Atas Nasihat Peguam

Sponsored

Nama Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof tak lekang disebut-sebut warganet selepas satu persatu kisah rumahtangga mereka terdedah. Pelakon dan model Puteri Sarah memfailkan penceraian dengan pengarah tersohor Syamsul Yusof sebelum ini.

Malah Puteri Sarah turut memfailkan perintah injuksi terhadap isteri kedua Syamsul Yusof, Ira Kazar. Terbaharu, Syamsul Yusof memfailkan permohonan mahkamah untuk mencelah dalam petisyen perintah injuksi antara Puteri Sarah dan Ira Kazar.

Sponsored
Syamsul dan Ira Kazar

Syamsul Yusof mohon jadi pencelah

Difahamkan Syamsul Yusof mohon jadi pencelah dan dijadikan defendan dalam kes tuntutan dikemukakan Puteri Sarah kepada isteri keduanya itu adalah atas nasihat peguamnya.

Memetik laporan Berita Harian dan menurut Syamsul, tuntutan Puteri Sarah ke atas Ira adalah berkaitan dengan dirinya dan jika tuntutan dibenarkan akan memberi kesan pada rumahtangga dan hubungan dengan keluarga Ira.

Sponsored
Syamsul Yusof

Tambahnya lagi, injuksi yang dikemukan Puteri Sarah tidak boleh menghalang hubungan perkahwinannya dengan Ira Kazar atau nama sebenarnya, Faghira Fatini.

Dakwa keterangannya boleh beri pencerahan

Selain dari itu, Syamsul juga mendakwa permohonan itu perlu difailkan kerana keterangannya boleh memberi pencerahan kepada mahkamah bagi menghalang perintah injuksi tersebut dari dikuatkuasakan.

Sponsored

Ini berikutan Syamsul dan Ira sudah berkahwin serta mahu menjaga keharmonian perkahwinannya dengan kedua-dua isterinya itu.

Ira Kazar

Perintah injuksi susulan keputusan mahkamah yang lalu

Untuk rekod, sebelum ini bapa dan kakak Ira Kazar diarahkan untuk menjawab kepada Mahkamah berhubung tindakan mengingkari perintah injuksi yang dikeluarkan terhadap mereka pada Julai 2022.

Perintah injuksi ini adalah susulan keputusan mahkamah pada 15 Februari lalu yang mana membenarkan permohonan Puteri Sarah untuk memulakan prosiding menghina mahkamah.