“Anju ni baik”- Lepas tudung teman lelaki belikan baju-baju muslimah, penampilan Zarina Anjoulie curi tumpuan ramai

Sponsored

Umum diketahui sejak kebelakangan ini, pelakon Zarina Anjoulie atau mesra dipanggil Anju dan teman lelaki yang dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Elzey menjadi tumpuan ramai. Video mereka yang sering meluangkan masa bersama dan ditemani anak-anak turut membuatkan kedua-duanya menerima pelbagai komen positif warganet.

Ini kerana, peminat melihat teman lelaki Zarina Anjoulie itu menyanyangi dan menjaganya seolah-olah akhirnya berjumpa dengan lelaki yang tepat buatnya. Malah baru-baru ini, seloroh teman lelaki yang mahu membelikan tudung mendapat sambutan baik Zarina Anjoulie membuatkan peminat dan netizen turut tumpang gembira melihat perubahan pelakon ini.

Sponsored

Lepas tudung, belikan baju-baju muslimah buat Zarina Anjoulie

@abot_anjoulie

#fyp #zarinaanjoulie Terima kasih bonda teman kan kita ❤ sayang bonda❤❤❤

♬ Versace on the Floor – Bruno Mars

Walau bagaimanapun, satu muat naik terbaharu itu pula mengundang sekali lagi Zarina Anjoulie dan teman lelakinya itu menjadi tumpuan ribuan warganet di media sosial apabila Datuk Seri Khazrul Elzey berkongsikan momen dia membelikan baju-baju muslimah buat Zarina Anjoulie.

Sponsored

Sempat merakamkan momen tersebut, penampilan Zarina Anjoulie juga membuatkan ramai meninggalkan komen pujian terhadapnya selain peminat dan warganet juga menghujani ruangan komen dengan mendoakan yang terbaik buat Zarina Anjoulie dan lelaki tersebut.

“Dah start shopping kan kita baju muslimah lepas ni dia minta kita berhijab pulak, am I ready for this??,” tulis Zarina Anjoulie dalam satu muat naik di Instagram Story peribadinya pula.

Sponsored

‘Anju berhak untuk bahagia’

Zarina Anjoulie

‘Alhamdulillah beruntungnya perempuan yang dapat lelaki baik kan’

Zarina

‘Terharu sangat…’

‘Anju yang tabah dan baik…’

Zarina Anjoulie