Pendedahan Binaan Youtuber Jadi Tinggalan Buat Ramai Terkejut! Air Bertakung, Sampah Dibiarkan…

Sponsored

Penggunaan pelbagai platform di internet hari ini bukan calang-calang. Dari perniagaan, perkongsian video yang dapat menjana pendapatan dan banyak lagi kebaikan yang boleh didapati dari penggunaan internet.

Selain dari itu ramai juga anak muda hari ini yang lebih memilih untuk menjadi Youtuber atau content creator sebagai salah satu kerjaya. Lebih bebas untuk berkreativiti dan dapat juga jana pendapatan dalam masa sama mengapa ia menjadi pilihan.

Sponsored

Malah jika dilihat ramai Youtuber dalam dan luar negara berjaya menjadi sebab untuk inspirasikan hasil kerja mereka. Bagaimanapun sekumpulan Youtuber yang cukup terkenal menghasilkan konten dengan video binaan di dalam hutan dengan mengorek tanah dan sebagainya ini menjadi buah mulut ramai.

Untuk info, kumpulan lelaki ini menjadi terkenal dan memiliki ramai pengikut di Youtube kerana menghasilkan video dari awal pembinaan rumah di bawah tanah. Binaannya pula hanya menggunakan cara orang lama membuatkan ramai asyik menontonnya.

Sponsored

Melihatkan hasil rumah dan pelbagai binaan memang mengagumkan. Namun begitu siapa sangka hasil binaan itu akhirnya jadi terbiar tanpa sebarang manfaat.

Dalam perkongsian satu video ini dipaparkan hasil binaan Youtuber jadi tinggalan tersebut yang dibiarkan bersepah dan air bertakung. Berikut adalah pendedahan tersebut:

Sponsored

Dah macam rumah tinggal jadinya. Perlakuan ini nampaknya boleh merosakkan alam semulajadi dengan sampah yang ditinggalkan begitu sahaja.

Meninjau di ruangan komen perkongsian binaan Youtuber jadi tinggalan ini, rata-ratanya ramai yang terkejut akan tinggalan projek tersebut. Malah ada juga yang meluahkan risau jika ada yang terjatuh di dalam binaan yang ditinggalkan itu.