Tiada lagi jambangan bunga & cincin, Farid Kamil & Diana Danielle tiba di Mahkamah

Sponsored

Baru-baru ini, Diana Danielle dan Farid Kamil muncul di Mahkamah Rendah Syariah Petaling untuk proses lantikan Wakil Jawatankuasa Pendamai JKP bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Dalam perkembangan terbaharu pula, pelakon Diana Danielle dilihat tiba di Mahkamah pada pukul 9.11 pagi tadi. Ketibaannya itu menjadi tumpuan pihak media dan Diana Danielle dilihat tersenyum dan nampak tenang seperti sebelum ini.

Sponsored

Umum diketahui, pemohonan cerai Diana Danielle terhadap suaminya, Farid Kamil mengejutkan ramai pihak namun sejak akhir-akhir ini di media sosial pula menimbulkan pelbagai spekulasi selepas kedua-duanya berbalas kenyataan di media sosial apabila turut membabitkan soal anak perempuan mereka, Aurora.

Walau bagaimanapun, selepas ketibaan Diana Danielle di Mahkamah, kemunculan Farid Kamil beberapa minit setelah itu turut menarik perhatian umum. Jika sebelum ini pelakon berkenaan hadir membawa jambangan bunga dan cincin bagi memujuk isterinya itu namun kali ini difahamkan Farid Kamil hadir dengan tangan kosong.

Sponsored

Perkongsian Official Hlive tersebut di ruangan Instagram bagaimanapun dengan pantas menarik perhatian warganet namun dalam pada masa sama, pasangan ini dihujani dengan doa ramai agar urusan mereka dipemudah.