Mungkin ramai yang perasan setiap kali menjelang Aidilfitri, usahawan dikenali sebagai Datuk Aliff Syukri pasti akan muncul dengan lagu raya. Namun saban tahun juga muzik video yang dihasilkannya menerima kritikan ramai.
Malah tahun lalu Aliff Syukri turut dipanggil beri keterangan mengenai muzik video lagu rayanya. Tahun ini sekali lagi usahawan tersebut mengeluarkan lagu raya.
Baru berkongsikan teaser sahaja sudah membuatkan ramai yang kritik dan kecam. Bagaimanapun baru-baru ini ibu minta maaf bagi pihak Aliff Syukri mengenai isu muzik video lagu raya yang dihasilkan anaknya itu menerusi satu muat naik di media sosial.
Keluarga sudah lali dengan perangai Aliff Syukri
Ibu kepada Aliff Syukri yang turut dikenali sebagai Bonda Rozita memuat naik satu menjelaskan yang dia sekeluarga sudah lali dengan perangai anaknya itu.
“Saya rasa semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum, setiap kali raya mesti dia buat lagu. Kami pun dah kebal dengan perangai dia.
Bonda Rozita akui Aliff Syukri tak berbakat
Malah Bonda Rozita juga akui yang anaknya itu tidak berbakat pun. Tapi mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Ujar Bonda Rozita menerusi video yang turut memaparkan klip bersama Aliff Syukri, dia juga pelik mana datangnya keyakinan diri tinggi ada pada anaknya itu.
“Kebaikan dia adalah dia adalah dia memang tak berbakat pun. Tapi confident dia tu mana dia dapat pun tak tahu kalah artis yang berbakat.
Ibu Aliff Syukri tegur dan marah anaknya itu
Tambah Bonda Rozita yang mempunyai empayar perniagaannya sendiri, dia juga akui pernah marah dan tegur anaknya mengenai perihal ini. Malah ibu minta maaf bagi pihak Aliff Syukri berkenaan isu tersebut.
“Jangan ingat saya tak marah dia ya. Saya marah. Kami faham orang luar tak faham. Maafkan saya netizen. Semoga Allah jaga Aliff, Ida dan anak-anaknya,” ujar Bonda Rozita.