Jika dahulu bila tiba penghujung hari sesi persekolahan, para pelajar ada yang gembira kerana akan bercuti penggal lama dan ada juga yang sedih kerana berpisah dengan rakan-rakan. Namun begitu, baru-baru ini kecoh di sosial media dengan rakaman sekumpulan pelajar yang melakukan vandalisme.
Perkongsian rakaman pelajar raikan hari terakhir dengan vandalisme ini telah menyebabkan warganet berang menyaksikan aksi kumpulan berkenaan yang merosakkan fasiliti di sekolah berkenaan.
Dalam video yang tular berkenaan, dilihat beberapa pelajar lelaki sedang melakukan aktiviti vandalisme dengan ada diantaranya mencampakkan kerusi ke lantai hingga pecah. Lebih teruk lagi apabila ada yang menendang pintu tandas dan merosakkan kipas sambil bergelak tawa tanpa rasa bersalah.
Susulan penularan video pelajar sekolah vandalisme untuk raikan hari terakhir persekolahan ini, warganet meluahkan rasa kurang senang dan mengeji perbuatan tidak bermoral sebegini.
Namun begitu, terbaharu Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata semua pelaku sudah dipanggil termasuk ibu bapa mereka. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai isu ini seperti berikut:
“Hai anak pak cik mak cik..helokk perangai ehh..Budak ni jangan di rotan atau marah..Nanti cikgu kena saman”
“Bagus budak2 sekarang. Hasil tak leh rotan dan marah”
“Ni la jadi nye kalau cikgu dah tak boleh nak rotan atau sentuh”
“Budak2 zaman sekarang sama..Tak sama macam budak2 dulu”