Ayda Jebat Respon Isu Perkahwinan Adik Dan Datuk Zainal Abidin, “Alhamdulillah, Dah Jodoh…”

Sponsored

Sejak kebelakangan ini, memang banyak kisah ‘orang ketiga’ yang berlaku termasuklah yang hangat diperkatakan sekarang ini tentang kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah. Selain itu, nama Fyna Jebat juga antara yang menjadi tumpuan ramai buat masa ini.

Semuanya gara-gara pernikahannya bersama jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan yang dikatakan masih lagi bergelar suami orang. Sebelum ini, penyanyi itu membuat pengakuan dia telah pun berkahwin dengan jurulatih tersebut namun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

Sponsored

Sehingga kini, masih menjadi tanda tanya tentang dakwaan Fyna Jebat menjadi isteri kedua kepada figura bola sepak itu. Bagi Ayda Jebat selaku kakak, dia mengangggap sudah tertulis jodoh adiknya bersama lelaki tersebut selain tidak mahu mengulas lanjut mengenai dakwaan Fyna menjadi isteri kedua.

“Sebenarnya saya tak boleh nak cakap lebih-lebih sebab bagi saya, ia melibatkan banyak pihak daripada keluarga kita dan dia pun ada keluarga dia.”

Sponsored

Namun Ayda berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik untuk perkahwinan adiknya itu. Dalam masa yang sama, dia tidak mahu bercakap lebih-lebih mengenai perkara ini kerana ianya melibatkan banyak pihak dan dia perlu menjaga hati kedua-dua belah pihak dalam situasi ini.

“Alhamdulillah, dah jodoh dan mereka ambil keputusan untuk kahwin. Bagi saya, jodoh itu di tangan Allah, jadi kita kena terima lah. Macam mana pun, saya dan keluarga sentiasa ada untuk menasihati dia apa yang terbaik.”

Sponsored

Walaupun terpalit dengan kontroversi ini, Ayda memuji keberanian adiknya berterus terang kepada orang ramai mengenai status perkahwinannya itu. Malah Ayda memberitahu Fyna juga dilihat tenang menjawab segala persoalan yang ditanyakan mengenai apa yang berlaku.

Terdahulu, tular di media sosial khabar angin mengatakan seorang bekas pemain bola sepak terkenal pada era 80-an telah berkahwin dengan adik kepada pelakon dan penyanyi terkenal yang berusia 20-an. Tidak lama selepas itu, Fyna Jebat tampil mengesahkan dia adalah individu yang dimaksudkan itu.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbergempak