Kongsi wajah masa kecil, Puteri Sarah & Sumayyah ‘sebijik’ sama dihujani ribuan pujian peminat

Sponsored

Selain Syaikul, anak kedua pelakon Puteri Sarah Liyana sering mencuri tumpuan ramai dengan kecomelannya yang dikatakan salin tak tumpah seperti ibunya itu. Apatah lagi, satu muat naik terbaharu Puteri Sarah membuatkan dia dan Sumayyah menjadi bualan ramai.

Puteri Sarah dan Syamsul Yusof telah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan mereka telah dikurniakan dua cahaya mata yang diberi nama Syaikul dan Sumayyah.

Sponsored

Menerusi ruangan Instagram, Puteri Sarah terbaharu memuat naik dua keping foto yang diawalnya memaparkan wajah comel anak perempuannya ini manakala menerusi foto kedua pula, pelakon jelita ini berkongsikan fotonya ketika masa kecil.

Kedua-dua foto tersebut nampaknya diteliti oleh peminat dan rakan selebriti yang akui wajah mereka sudah seperti copy paste yang mana kecomelannya dua beranak ini turut hangat diperkatakan diruangan komen.

Sponsored

Ramai kata wajah Sumayyah dan Puteri Sarah copy paste

Perkongsian Puteri Sarah itu membuatkan ada juga yang teringat akan kecantikan dia dan adik-beradiknya ketika memasuki sekolah rendah. Cantik sangat!

Sponsored

‘Teringat dulu masa adik-beradik Puteri Sarah masuk sekolah… semua terpegun tengok cantiknya dorang’

Puteri Sarah

‘Tak nyesal ke orang tu. Muka Sarah ni cantik gile. Adik beradik cantik…’

Puteri Sarah

‘Cantik betul Summayah ni. Lembut air muka dia. Menurun dari ibu cantiknya’

‘Sama cantik macam Mama dia. Moga Sarah diberi sebesar kesabaran untuk membesarkan cahaya mata’