Sebelum ini isu seorang pakar perubatan dikenali dengan nama Dr Rafidah menegur masakan menggunakan terlalu banyak minyak disediakan pempengaruh, Khairul Aming telah membuatkan kecoh di media sosial.
Malah Khairul Aming sendiri tampil menjawab mengenai isu tersebut dengan memberikan dua perspektif. Jawapan Khairul Aming itu telah menerima pujian ramai kerana untuk menjaga kesihatan adalah terpulang pada individu itu sendiri.
Terbaharu sekali lagi Dr Rafidah jadi perhatian ramai selepas tegur air manis jual dalam akuarium yang tular di sosial media. Dalam tegurannya itu, Dr Rafidah menyatakan tentang kesan mengambil minuman manis kepada ‘ikan’ yang sepertinya sinonim berada di dalam akuarium.
“Saya jangka ikan2 pun terus kencing manis dan dapat komplikasi organ seperti potong kaki, buta dan rosak buah pinggang”, tulis Dr Rafidah memberikan komen mengenai perkongsian jualan air minuman di dalam akuarium.
Berikut adalah perkongsian Dr Rafidah tegur air manis jual dalam akuarium tersebut:
Disebabkan teguran tersebut, warganet mula meninggalkan pelbagai komen yang kurang senang dengan cara mendidik masyarakat mengenai amalan makanan sihat oleh pakar perubatan itu.
Malah ada juga yang pertikaikan mengapa sering membuat kempen menegur masyarakat sedangkan pekerja di fasiliti kesihatan di Malaysia pun ada yang menunjukkan badan tidak sihat. Selain itu ada juga netizen yang faham teguran ini hanyalah gurauan namun akui tidak kesampaian.
“Dr, ikan tak pakai buah pinggang. Dia pakai insang. Mesti Dr tak tau kan? Ilmu baru untuk Dr harini…”
“Ikan laut hari hari minum air masin. Diorang takde darah tinggi ke doktor?”
“Bagi la dia can nak gurau2. Susah nak jumpa doc pandai buat joke ni”