Azhar Sulaiman Enggan Berkongsi Cara Didikan Anak Kepada Umum, “Tepuk Dada Tanya Selera Sendiri”

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini nama pelakon Azhar Sulaiman sering kali menjadi buah mulut ramai selepas dua anaknya turut menarik perhatian warganet.

Memiliki tiga anak yang semakin meningkat remaja, ada beberapa perkara yang membuatkan warganet tertanya-tanya seperti cara didikan pelakon cukup sinonim dengan karakter dalam filem Puteri Impian ini.

Sponsored

Enggan kongsi cara didik anak-anak

Terbaharu memetik tulisan pelakon ini di Instagram miliknya, Azhar Sulaiman enggan berkongsi cara dia mendidik anak-anak kepada umum kerana menganggap caranya itu tidak sesuai dikongsikan kepada umum serta setiap orang memiliki kaedah tersendiri.

Azhar Sulaiman

Selain itu dia turut meminta maaf kepada media dan semua jemputan untuk temubual pasal ‘Bapa Cool’. Tulisnya cara dia hanya untuk dirinya dan keluarga. Bukan untuk dikongsi dengan orang lain secara rasminya.

Sponsored

Terpaksa tolak temubual

“Thank you to all Reporters & Program Hiburan yang contacted Me recently….Maaf saya terpaksa menolak semua jemputan untuk Interview pasal “Bapa Cool” topik ni. To me…cara saya hanya untuk saya dan keluarga and not to share with others secara official.”

Malah dia turut memberitahu caranya mungkin akan menjadi suatu yang menyimpang dari agama dan tidak baik dijadikan contoh untuk keluarga lain.

Sponsored

Tidak sesuai dikongsikan kepada umum

Azhar turut memberitahu, cara dia mendidik anak-anaknya tidak sesuai untuk dikongsikan kepada umum dan setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk mengajar.

“Cara saya hanya untuk saya dan keluarga. Apa yang dipraktikkan bukan untuk dikongsikan dengan orang lain secara rasmi. Ia akan menjadi sesuatu yang menyimpang dari agama dan contoh tidak baik untuk keluarga lain ikuti. Tepuk dada tanya selera sendiri”, Tulis Azhar Sulaiman enggan berkongsi cara didikan anak ini.