Dua Usahawan Kosmetik ‘Lamborghini’ Dihadap Ke Mahkamah, Didakwa Cederakan Dua Individu

Sponsored

Sebelum ini, pernah tular tentang dua usahawan kosmetik yang mempunyai kereta mewah Lamborghini dan sering menunjukkan kekayaan mereka di media sosial. Baru-baru ini pula, nama dua usahawan kosmetik dari Kelantan ini menjadi bualan ramai selepas mereka dihadapkan ke mahkamah.

Ayunie Osman dan Farhana Ismail bersama tiga lagi individu didakwa di Mahkamah Kota Bharu, Kelantan terhadap tuduhan mencederakan seorang wanita dan seorang lelaki pada Julai lalu. Difahamkan, mangsa wanita mendakwa dirinya menerima kecederaan di bahagian kepala, leher dan tangan.

Sponsored

Manakala mangsa lelaki mendapat kecederaan di tangan, kaki dan lutut di bahagian kiri. Walau bagaimanapun, kesemua lima yang tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibicarakan di hadapan Majistret Mohd Idzham Naim Che Ani.

Difahamkan, perbuatan memalukan itu dilakukan di hadapan sebuah kedai di Jalan Padang Garong semasa jam 3.00 pagi pada 9 Julai 2022. Semua lima individu ini didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sponsored

Minta kurangkan jumlah jaminan

Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya iaitu Siti Edabayu Subhan menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 seorang kepada setiap individu. Walau bagaimanapun, pegum yang diwakili tertuduh, Ahmad Adha memohon mahkamah menurunkan jumlah jaminan tersebut kepada RM2,000.

@farhanazahra91

Semoga kami mendapat pengadilan yang sewajarnya ! Ingat kuasa ALLAH mengatasi segalanya ☺️ HASBUNALLAH WANIKMAL WAKIL NIKMAL MAULA WANIKMAN NASIR

♬ suara asli – hierapsz. – hierapsz.

Tinjauan di akaun Instagram milik usahawan kosmetik itu mendapati kedua-dua mereka berdoa semoga pengajaran yang setimpal akan diberikan kepada pihak yang cuba menganiaya mereka. Susulan isu yang berlaku ini, ruangan komen di akaun media sosial dua usahawan ini juga telah menerima kecaman hebat dari netizen.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.