Tular di platform Tik Tok baru-baru ini mengenai babak di dalam episod drama Andai Itu Takdirnya yang dibintangi oleh Hannah Delisha, Shukri Yahya dan Puteri Sarah. Di dalam video episod yang tular itu, Puteri Sarah yang memegang watak Umairah telah memaki hamun watak Aizril yang dibawakan Shukri Yahya.
Rata-rata netizen memuji lakonan hebat yang ditonjolkan Puteri Sarah di dalam babak tersebut membuatkan ramai dapat merasai kemarahannya kepada watak tersebut. Namun ramai juga yang menganggap dialog dan lakonan itu seolah-olah ditujukan kepada suaminya sendiri, Syamsul Yusof.
Oleh itu, ramai yang berpuas hati apabila Puteri Sarah dapat melepaskan geramnya susulan kemelut rumah tangganya yang masih tidak berkesudahan. Netizen juga tidak terlepas dari bertanyakan hal itu kepada Puteri Sarah sendiri mengenai babak yang menjadi bualan ramai ini.
Dirakamkan sekali sahaja
Menurut Puteri Sarah, babak itu hanya dirakamkan sekali sahaja atau ‘one take’ dan penggambaran itu juga kebetulan dilakukan pada hari yang sama dia memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya. Seperti yang diketahui ramai, pada 16 Januari lalu Puteri Sarah telah memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul Yusof.
“Sekali take sebab masa shoot ni hari yang sama file cerai.”
Di dalam perkongsian yang sama, Puteri Sarah menjawab pertanyaan netizen sama ada semua dialog yang dilontarkan adalah di dalam skrip ataupun dibuatnya sendiri. Menurut pelakon itu, dia mengikut apa yang sudah tertulis dalam skrip selain turut menambah sendiri dialog secara spontan.
“Ada yang ada dalam skrip, ada yang takde tu penambahan sesedap rasa dari hati.”
Sekadar info, drama Andai Itu Takdirnya merupakan sebuah drama adaptasi dari novel penulis popular Siti Rosmizah yang sudah mula ditayangkan sejak 6 Mac lalu. Drama ini bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam di Astro Ria.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.