Seperti yang semua tahu, baru-baru ini satu kebakaran besar telah berlaku di premis Jakel cawangan Shah Alam menyaksikan kerugian hampir RM100 juta dianggarkan. Azwan Ali atau Diva AA kemudian memuat naik satu hantaran di Twitter mengulas mengenai isu yang berlaku itu.
Menurutnya, kejadian yang berlaku pada Jakel itu adalah sesuatu yang ingin ditunjukkan oleh Tuhan. Dalam masa yang sama, dia turut berkongsikan ‘screenshot’ dari video akaun MYDIN memaparkan Datuk Amer selaku pemilik MYDIN.
Azwan Ali turut mengutuk pemilik MYDIN dengan mengatakan dia masih lagi tidak sedar diri dan sakan menari di akaun Tik Tok itu walaupun sudah berusia. Dia turut menggesa pemilik MYDIN itu untuk segera muhasabah diri.
Perkongsian dari Diva AA ini turut menarik perhatian netizen yang keliru apakah yang membuatkan selebriti itu ‘menyerang’ pemilik MYDIN ini. Dalam masa yang sama, perkongsian itu turut meraih perhatian admin Twitter MYDIN yang membalas hantaran yang dimuat naik oleh Diva AA ini.
Komen ‘savage’ admin MYDIN
Di dalam hantaran itu, admin Twitter MYDIN telah memuat naik gambar cermin bersama pautan untuk membelinya dan memberitahu orang ramai boleh membelinya di pasar raya tersebut. Jawapan ‘savage’ dari admin Twitter MYDIN ini kemudian menerima pujian ramai yang rata-ratanya memuji reaksi tenangnya itu.
Malah ramai juga yang tertanya-tanya siapakah pemilik di sebalik akaun Twitter MYDIN ini yang sering membuatkan netizen terhibur dengan perkongsiannya. Berdasarkan tinjauan, perkongsian dari admin MYDIN itu kini telah menerima hampir dua juta tontonan di Twitter.
Difahamkan, ada netizen yang mengaitkan cermin itu dengan kontroversi yang berlaku kepada Diva AA sebelum ini. Terdahulu, tular di media sosial perkongsian video Diva AA yang secara tidak sengaja menampakkan alat sulit miliknya semasa merakam video di hadapan cermin rumahnya.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.