Frame Sampai Jatuh Atas Kepala, Fezrul Khan Puji Pelakon Senior Buat Babak Aksi, “Tak Boleh Manja Kalau Nak Jadi Pelakon…”

Sponsored

Baru-baru ini, pelakon Fezrul Khan ada memuat naik video di sebalik tabir semasa dia mengikuti sebuah penggambaran bersama pelakon lain. Di dalam perkongsian itu, dia berkongsikan di sebalik tabir babak aksi yang dilakonkan bersama pelakon senior, Fadhil Dani.

Menerusi video tersebut, Fezrul melakonkan babak pergelutan di mana dia dilihat menolak pelakon senior itu sehingga dia jatuh terduduk. Malah babak pergelutan yang dilakukan itu juga turut menyebabkan sebuah bingkai gambar terjatuh di atas kepala pelakon senior terbabit.

Sponsored

Fezrul telah memberikan pujian di atas kualiti lakonan Fadhil Dani selaku pelakon senior yang langsung tidak terkesan dengan babak aksi yang dilakukan. Tambahnya, memang sudah menjadi tugas seorang pelakon untuk menampakkan babak tersebut tidak dibuat-buat.

“Kalau pelakon lain ni mau masuk Melodi lagi kena hempas, kena baling kena cekik. Lepas tu play victim dan attention. Make believe. All professional actor.”

Sponsored

Perkongsian itu turut menarik perhatian ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapat yang dikongsikan Fezrul ini. Malah ada juga yang mengatakan bukan mudah untuk menjadi pelakon dan tidak semua orang mampu melakukan tugas yang terbaik.

“Tak boleh manja kalau betul-betul nak jadi pelakon hebat dan terbaik, kena banyak berkorban dan professional juga…”

Sponsored

“Mantap, inilah yang dinamakan professional.”

Susulan video yang kini menjadi perhatian ramai ini, Fezrul telah memadam dan mengubah kapsyen pada perkongsian tersebut. Terdahulu, Fezrul Khan terpalit dengan kontroversi apabila seorang pelakon wanita mendakwa dia melakukan babak mencekik secara berlebihan.

Pelakon wanita itu turut mendakwa dia hampir lemas semasa melakukan babak dicekik oleh Fezrul di dalam penggambaran sebuah filem seram. Namun Fezrul menafikan dakwaan tersebut dan turut berkongsikan video di sebalik tabir semasa babak itu dilakukan.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.