Lakonan dari selebriti berbakat besar iaitu Nabila Razali di samping Aedy Ashraf menerusi satu karya ini telah mencuri perhatian ramai. Drama berkisarkan suami isteri, cinta dan orang ketiga berjudul Kerana Cinta Ada ini terus menjadi bualan hangat netizen.
Ada sahaja episod atau babak memaparkan Aisy Mateen dan Nabila Aulia yang membuatkan penonton terhibur sehingga menjadi bualan di sosial media. Terbaharu satu babak yang mana Nabila sudah terbuka hati untuk menerima suaminya telah membuatkan ramai terhibur.
Dalam babak itu Nabila Aulia dilihat berkias dengan suaminya dan menjadikan saiz katil sebagai alasan. Namun sebenarnya mahu Aisy Mateen tidur bersama dengannya biarpun suaminya itu tidak berapa faham membuatkan penonton akui seronok melihatnya.
Berikut adalah rakaman babak berkias Nabila yang dimuat naik menerusi akaun TikTok milik pelakon wanita ini sendiri:
Bukan main berkias lagi Nabila nak bagi faham suaminya pun satu hal juga. Mujur akhirnya Aisy Mateen faham apa yang cuba disampaikan isterinya itu.
Apa-apa pun perkongsian video babak berkias saiz katil ini telah meraih jutaan tontonan di TikTok tersebut. Malah di ruangan komen, rata-rata warganet akui turut merasai saat-saat romantik pasangan pelakon ini.
Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:
“First time tengok cite drama Akasia muka comel tak ada makeup tebal2 paling sweet”
“Hak alah aku pulak yang macam ulat gedik2 tersengih sorang2 apahal nih”
“Dia yang berlakon, aku yang blushing lebih”
“Aku pulak yang sengeh lebih dah kenapa hahaha”