Netizen Bengang Suami Fatin Afeefa Kerap Pandang Rendah Pada Isteri Sendiri, “Konon Dia Terpaling Laku…”

Sponsored

Sejak mendirikan rumah tangga, pelakon Fatin Afeefa dan suaminya iaitu Aliff Awang sering menjadi perhatian netizen di media sosial. Ditambah pula dengan beberapa kenyataan kontroversi yang dikeluarkan lelaki itu yang membuatkan ramai meluat mendengarnya.

Sebelum ini, Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai menerima kecaman ramai apabila bangga menayangkan pendapatannya sebanyak RM76K seminggu sebagai ‘trader forex’. Malah ada juga yang berasa menyampah apabila lelaki itu sering merendahkan kaum wanita terutamanya Fatin Afeefa iaitu isterinya sendiri.

Sponsored

Terbaru, netizen di media sosial juga meluahkan rasa marah apabila Opai kerap mengeluarkan kenyataan merendahkan martabat isterinya selepas berkahwin. Tidak cukup dengan itu, ada yang menganggap Opai mempunyai sikap narsistik kerana terlalu mahu menunjukkan dirinya seorang alpha male dalam hubungan.

Difahamkan, ini susulan daripada beberapa video ‘live’ di akaun Tik Tok Opai di mana dia memberitahu tidak memerlukan banyak usaha untuk mengorat pelakon itu. Selain itu, ada juga yang memperkatakan tentang video Opai mengkritik masakan pertama yang dimasak oleh isterinya selepas mereka berkahwin.

Sponsored

Komen netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mempunyai pendapat yang sama dan bersimpati dengan Fatin Afeefa yang sering diperlekehkan oleh suaminya sendiri. Malah ada juga yang menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh Opai itu seolah-olah tidak menjaga martabat isterinya sebagai seorang wanita.

“Dia macam nak downgrade bini dia tau tak!! Sedihlah aku tengok, kalau aku dah bad mood mampus lah live ke apa. Konon dia terpaling laku, terpaling orang nak kejar sekali…”

Sponsored

“Takleh go tengok video tu. Bila fatin kata dia yang ngorat dulu, dia still nak kata fatin tu lagi beria dari dia. Tak nak kalah punya orang, pastu kritik masakan fatin kat live…”

Dalam masa yang sama, netizen kembali mengungkit video lama Opai yang pernah merendahkan kaum wanita sebelum ini. Terdahulu, Opai pernah viral dikecam di media sosial apabila mengatakan lelaki akan berasa ‘turn off’ sekiranya wanita sibuk mengikut mereka semasa membeli barang dan menggunakan duit lelaki.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.