Babak ‘Kantoi’ Projek High Council Jadi Bualan, Rupanya Tonton Versi ‘Leak’!

Sponsored

Projek High Coucil yang kini masih ditayangkan di Astro menjadi antara drama bualan ramai. Bukan sahaja disebabkan barisan para pelakon muda dan baru, namun jalan cerita dan plot turut menjadi daya penarik drama berkenaan.

Antara barisan pelakonnya yang mencuri perhatian ramai adalah Amir Ahnaf sebagai Kahar, Naim Daniel sebagai Azam atau Ayam, Nadhir Nasar sebagai Naim, Azhar Sulaiman sebagai Firdaus Ismet dan ramai lagi.

Sponsored

Hampir menemui penamat drama ini, terbaharu seorang pengguna TikTok telah memuat naik satu babak kantoi Projek High Council dan telah mencuri perhatian ramai.

Dalam perkongsian individu tersebut kelihatan babak pergaduhan di asrama. Apa yang cuba ditunjukkan oleh pengguna TikTok tersebut adalah salah seorang pelakon terjatuh dari tingkat atas dan terus berada di atas tilam.

Sponsored

Tilam itu pula sekejup ada dan tidak lama kemudian hilang (disunting). Berikut adalah perkongsian babak kantoi Projek High Council yang dimuat naik oleh pengguna TikTok tersebut:

Bagaimanapun, meninjau di ruangan komen ada netizen berpendapat pemilik akaun TikTok ini menonton drama tersebut dari sumber luar yang tidak sepatutnya.

Sponsored

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen yang menonton babak tersebut di Astro mengakui tidak nampak seperti apa dikongsikan oleh individu berkenaan. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen itu:

“Betul dalam Astro tak nampak pun tali dengan tilam tu”

“Tu sebab akak tengok awal sebelum cita episod nie keluar”

“Hahaha kantoi admin tengok yang leak nyer..Yang Astro tak de tilam tu…Diorang edit balik”

“Tak de pun kan, rasanya yang versi leak tu tak edit lagi lah”

SumberTikTok