Pihak Pengurusan Shuib Enggan Panjangkan Isu, “Ada Sesetengah Perkara Cukup Disimpan Kami Sendiri…”

Sponsored

Pihak pengurusan pelawak Shuib iaitu Indigital Music memohon maaf kerana tidak dapat memberikan apa-apa kenyataan berhubung pendedahan Jep sebelum ini. Terdahulu, Jep mendedahkan punca sebenar yang menyebabkan Shuib enggan kembali menyertai program Sepahtu Reunion Live.

Menurut Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohamad Rom, keputusan tersebut diambil untuk menjaga hati ramai pihak yang terlibat dalam hal ini. Tambahnya, pihaknya juga enggan memanjangkan isu yang berlaku dan tidak membenarkan artis naungan mereka memberikan sebarang komen.

Sponsored

“Kami merasakan ada sesetengah perkara cukuplah sekadar disimpan oleh kami sendiri dan tidak perlu didedahkan kepada umum demi menjaga banyak perkara. Kami mengambil pendekatan untuk tidak mahu memanjangkan isu yang ditimbulkan Jep Sepahtu.”

Semenjak pendedahan dari Jep dikongsikan di Instagram, Shuib tidak memberikan sebarang reaksi mahupun respon mengenai perkara tersebut. Namun pelawak itu dilihat masih lagi aktif di media sosial dan ada memuat naik beberapa perkongsian seperti biasa.

Sponsored

Sebelum ini, Jep mendedahkan punca sebenar Shuib tidak lagi menyertai program itu selepas diasak beberapa kali mengenai status pelawak itu di dalam kumpulan Sepahtu. Menurut Jep, Shuib tidak berpuas hati dengan tindakan Astro yang menggantungnya selama dua episod selepas dia melakukan lawak berunsurkan lucah.

Shuib yang telah membuat permohonan maaf secara terbuka kemudian memberi kata dua kepada Astro sekiranya dia masih digantung, dia enggan menghabiskan baki episod yang seterusnya. Susulan pendedahan dari Jep ini, netizen turut menuntut penjelasan dari pihak Shuib pula berhubung isu tersebut.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberboom