Pelakon Projek High Council Diserbu Peminat, Kalau ‘Karya’ Bagus Orang Akan Sokong

Sponsored

Umum sedia tahu drama berjudul Projek High Council yang kini sedang ditayangkan di Astro menjadi antara yang paling tular hari ini. Sebuah karya yang mengetengahkan jalan cerita tentang pelajar sekolah lelaki dan konflik kekeluargaan.

Setiap karakter yang ditonjolkan memiliki kekuatan tersendiri. Malah para pelakon gabungan yang lama dan baru menjadikan antara sebab drama ini berjaya menarik perhatian ramai.

Sponsored

Antara pelakon yang menjadi perhatian adalah Amir Ahnaf sebagai Kahar, Naim Daniel sebagai Azam atau Ayam, Nadhir Nasar sebagai Naim, Azhar Sulaiman sebagai Firdaus Ismet dan ramai lagi.

Baru-baru ini para pelakon Projek High Council telah hadir di KLCC sebagai salah satu promosi drama tersebut. Orang ramai dilihat menyerbu para pelakon ini dan satu akaun Twitter telah memuat naik rakamannya seperti berikut:

Sponsored

Disebabkan perkongsian ini, ramai juga yang akui drama judul itu adalah menarik untuk ditonton. Apatah lagi barisan pelakon Projek High Council yang turut main peranan besar dalam menjayakan karya tersebut.

Malah seorang lagi pengguna Twitter turut akui karya ini menarik untuk ditonton. Berikut adalah muat naik oleh individu ini:

Sponsored

“Ini bukti orang Malaysia akan sokong produk tempatan jika ianya bagus dan tak cliche. Masa untuk produser untuk sedar”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut akui karya drama tempatan kini ada kualiti dan lebih menarik. Berikut antaranya:

“Setuju! Macam cerita Juvana series dulu rare kut cerita macam tu. Memang minat teruk Zahiril Adzim dengan Johan Ashari time tu”

“Adaptasi dari kisah benar ni sebenarnya boleh je buat cerita, filem di Malaysia ni. Orang dah bosan tema gangster, seram, anak papa dedi yang kasi, cinta2 monyet”

“Rupa pun main peranan besar jugak. Kalau Jibam tu watak utama agak2 ada orang nak tengok ke..”

SumberTwitter