Baby Shima Dituduh ‘Jual Agama’ Pakai Tudung Masa Persembahan, Netizen Kesal Cara Tegur…

Sponsored

Sempena sambutan Isra’ Mikraj Sabtu lalu, Baby Shima tampil berbaju kurung dan bertudung litup membuat persembahan. Menurut Baby Shima ia adalah salah satu caranya menghormati majlis.

Namun begitu, rupanya ada kisah di sebalik Baby Shima bertudung litup itu. Sebelum ini penyanyi dangdut ini berkongsikan video ketika dia melakukan persembahan dengan penampilan sopan tersebut.

Sponsored

Turut diluahkan ada yang kurang senang dengan penampilannya itu dan mendakwa individu berkenaan mengecam Baby Shima sebagai artis jemputan di acara berkenaan. Namun dibuktikan yang Baby Shima hadir dengan berpakaian sopan.

Terbaharu, Baby Shima dituduh ‘jual agama’ disebabkan pakai tudung masa persembahan di acara tersebut. Penyanyi berusia 28 tahun ini memuat naik satu komen oleh individu kurang senang dengan penampilannya itu di Instagram miliknya seperti berikut:

Sponsored

Susulan Baby Shima dituduh ‘jual agama’ oleh mereka ini, penyanyi dangdut tersebut berasa kesal dan berkongsikan perkara ini di sosial media.

Malah meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan individu yang menyelar penampilan sopan Baby Shima berkenaan. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen itu:

Sponsored

“Yang komen acah2 baik ni confirm ke masuk syurga..Semoga kita semua dalam rahmat Allah swt”

“Disebabkan dakwah macam ni la ramai yang takut dekati majlis2 agama. Sedangkan nabi ajar dakwah dengan kasih sayang…”

“Nak berdakwah ke nak buat orang lari dari agama? Orang macam ni la patutnya galakkan bukan pegi sekali terus nak hentam”

“Haiya..Macam tu pun boleh ye..Diorang ni pelik2 la”