Penampilan sopan Baby Shima dipuji ramai, “Kalau pakai terus pun ok ni”

Sponsored

Baby Shima, antara penyanyi dangdut Malaysia yang berjaya mencipta nama ke negara seberang. Malah nama Baby Shima juga sering menjadi bualan ramai di tanah air sendiri bukan hanya sekadar bakatnya, namun disebabkan penampilannya.

Terbaharu, nama Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli sekali lagi menjadi bualan hangat warganet. Namun begitu bukan disebabkan penampilannya yang mencolok mata, tapi hadir membuat persembahan dengan bertudung dan sangat sopan!

Sponsored

Menurut penyanyi 28 tahun ini dia hadir membuat persembahan dengan berbaju kurung dan bertudung kerana menghormati acara sempena sambutan memperingati peristiwa agung Isra’ Mikraj.

Di sebalik penampilan sopan Baby Shima itu bagaimanapun ada kisah kurang enak diceritakan oleh penyanyi jelita ini. Menerusi muat naik di Instagram miliknya baru-baru ini ada luahan dari Baby Shima sebelum tampil membuat persembahan berkenaan.

Sponsored

Menulis di ruangan komen, Baby Shima menceritakan dia sendiri mengambil inisiatif untuk berpenampilan sopan sebegitu sempena sambutan hari Isra’ Mikraj tanpa disuruh sesiapa.

Namun ada beberapa individu yang memilih untuk mengkritiknya sebelum melihat penampilan Baby Shima di hari berkenaan.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, ada netizen yang ‘sejuk hati’ menyaksikan penampilan sopan Baby Shima sempena Isra’ Mikraj ini. Malah ada juga yang meninggalkan nasihat kepada penyanyi ini. Berikut antaranya:

“Cantik kelihatan, bagusnya Shima pakai tudung labuh. Kalau pakai terus pun ok ni”

“Alang2 da hormati bulan mulia tu. Hormat la juga hukum Allah yang telah ditetapkan tu…Tak marah pun cuma nasihat”

“Kesian awak @babyshimaofficial saya ada tengok status IG seseorang up cakap macam2 sebelum awak datang. Saya harap dia menyesal la mengata. Saya harap dia minta maaf”