Kecewa Cermin Kereta Sendiri Pecah Kerana Lato-Lato, Wanita Minta Mainan Ini Diharamkan Terus

Sponsored

Permainan lato-lato kini menjadi satu fenomena dalam kalangan kanak-kanak buat masa ini namun ada yang tidak menggemarinya kerana mainan itu telah mencetuskan beberapa masalah. Malah ada juga yang berkongsikan kejadian malang yang berlaku seperti skrin televisyen yang pecah akibat terkena permainan tersebut.

Baru-baru ini pula, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila cermin keretanya menjadi mangsa akibat permainan lato-lato ini. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Tik Tok, wanita itu menunjukkan keadaan cermin hadapan keretanya yang retak dan pecah selepas terkena permainan yang dimain seorang kanak-kanak.

Sponsored

Pada awalnya, kelihatan hanya dua kesan hentakan pada bahagian cermin hadapan kereta itu bersama kesan retak. Selepas mencari punca yang menyebabkan ia berlaku, dia menjumpai satu permainan lato-lato yang berada di bawah keretanya.

Malah jika dilihatkan pada kesan hentakan pada cermin itu juga menampakkan seperti ia telah dihentak dengan permainan lato-lato itu. Kecewa dengan insiden yang berlaku ini, wanita itu turut berharap permainan tersebut akan diharamkan di Malaysia kerana ia telah banyak mencetuskan masalah dan bahaya buat orang lain.

Sponsored

Komen netizen

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut bersetuju untuk mengharamkan sahaja permainan itu untuk mengelakkan sebarang masalah. Malah ada juga yang berasa tertekan dengan bunyi permainan itu yang dikatakan menjengkelkan dan mengganggu orang ramai.

“Tak masalahnya siapa yang mula jual dulu ni? Cari dia cepat weh aku dah takleh tahan dengan bunyi dia.”

Sponsored

“Minta ganti kat mak budak tu.”

“Ingat aku sorang je menyirap dengar bunyi dia.”

Permainan lato-lato bukan sahaja terkenal di Malaysia malah turut menerima sambutan hangat di Indonesia pada ketika ini. Namun sebenarnya, permainan ini yang juga dipanggil sebagai clackers pernah popular dan diharamkan di Amerika Syarikat kerana mengundang banyak masalah kepada orang awam.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok