Bacaan Ayat Suci Nadhir Nasar Buat Peminat ‘Cair’, Kembali Di Geng Mengaji Setelah Dua Tahun

Sponsored

Dua tahun lalu, pelakon muda yang semakin meningkat naik namanya ini, Nadhir Nasar pernah muncul dalam rancangan Geng Ngaji yang memerlukannya membaca ayat suci Al-Quran.

Rancangan Geng Ngaji penuh manfaat ini turut memaparkan beberapa individu terkenal yang membantu tetamu jemputan membaca Al-Quran. Namun pada dua tahun lalu Nadhir Nasar membuatkan ramai terhibur dengan gelagatnya yang tersalah faham permintaan pengacara rancangan tersebut.

Sponsored

Baru-baru ini pelakon terkenal menerusi Projek High Council ini kembali bersiaran dengan Geng Ngaji. Apa yang mencuri perhatian ramai adalah Nadhir Nasar bercakap dengan lebih matang kali ini berbanding dua tahun lalu.

Malah bacaan ayat suci Nadhir Nasar buat peminat ‘cair’ mendengarkannya. Berikut adalah rakaman bacaan ayat suci Nadhir Nasar bersama Geng Ngaji yang dikongsikan semula oleh seorang pengguna TikTok baru-baru ini:

Sponsored

Biarpun hanya menerusi panggilan video, namun kemunculan semula Nadhir Nasar di dalam rancangan ini membuatkan ramai yang suka dan memujinya. Meninjau di ruangan komen juga ramai yang puji bacaan Nadhir Nasar ini. Berikut antaranya:

“Nadhir ni memang tak de nervous2 macam kita2 yang marhaen ni ye. Memang gifted sangat2”

Sponsored

“Ini baru betul Kapla! Sedap je dengar Nadhir mengaji. Alhamdulillah”

“Bagi tahu surau..Habislah Nadhir kena serbu peminat haha”

“Bagus mengajar macma ni. Baru la ada semangat nak belajar”

SumberTiktok