Isu Persenda Golongan Muda Sekarang, Amelia Tampil Pertahankan Janna Nick, “Dia Tak Gelakkan Sesiapa…”

Sponsored

Sejak lewat petang semalam, nama pelakon Janna Nick menjadi kata kunci ‘trending’ di laman Twitter susulan kenyataannya di dalam Studio Sembang. Di dalam program temu bual bersama Amelia Henderson ini, mereka telah membincangkan tentang isu ‘work like balance’ dalam generasi sekarang.

Namun ramai yang meluahkan rasa kurang senang dengan reaksi Janna yang dikatakan merendah-rendahkan golongan yang bekerja keras dan siap ketawa semasa memberikan pandangannya itu. Klip yang dikongsikan itu juga telah menerima tujuh juta tontonan setakat ini dan dihujani dengan kecaman netizen.

Sponsored

“Sorry eh aku ada work life balance tu masa aku umur 28 tahun sekarang lepas aku dah ada certain amount, lepas aku dah beli dua rumah, aku dah ada kereta. Kalau kau masih lagi first goal in your life pun kau belum achieve, kau jangan fikir nak ada work life balance.”

Kebanyakan netizen menganggap Janna tidak sepatutnya merendahkan mereka yang mahukan ‘work life balance’ dalam hidup mereka selepas berkerja keras mencari rezeki. Malah netizen turut menempelak reaksi Janna yang seakan mendabik dada dengan kejayaan yang berjaya dimilikinya pada usia yang muda.

Sponsored

“Baru rumah 2 dah berlagak macam apa, orang lain pun kaya educated takde nak berlagak macam capitalist boss.”

“Awak sekali hustle ribu riban, marhaen kalau hustle pun masih ratus. Apa salahnya nak capai keseimbangan antara kerja dan kehidupan sebab masing-masing ada matlamat sendiri.”

Sponsored

“Bodohlah Janna Nick, engko rasa ke kerja macam nak mati basic 1500 lepastu nak bayar komitmen itu ini terpaksa buat part time.”

Komen Amelia

Susulan kecaman yang diterima ini, Amelia tampil mempertahankan tetamu jemputannya ini dan memberitahu Janna tidak merendahkan sesiapa dalam isu ini tetapi hanya bercakap mengenai dirinya sahaja. Jelas Amelia, dia memahami kerja keras setiap individu dalam menampung kehidupan mereka dan mencari rezeki.

“Janna tak gelakkan sesiapa yang mahu capai keseimbangan dalam kehidupan. Dia ketawa kerana melihat semula kerja keras yang dilakukan sebelum ini untuk memiliki kehidupan dan pekerjaan yang stabil ketika ini.”

Tambah Amelia lagi, dia berharap orang ramai dapat mengambil dari sudut positif sahaja tentang perkongsian tersebut dan menegaskan episod itu mengisahkan mengenai kehidupan Janna Nick sendiri. Walau bagaimanapun, netizen meluahkan rasa kecewa dengan reaksi Amelia yang menyokong kenyataan dari Janna itu.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter