Penyanyi Aizat Amdan satu ketika dahulu pernah menggemparkan ramai apabila berjaya menurunkan berat badannya sehingga memberikan imej baru buat penyanyi itu. Sebelum ini, Aizat pernah berbadan besar di mana beratnya mencecah 112 kilogram dan berjaya menurunkan kepada 65 kilogram.
Baru-baru ini pula, Aizat sekali lagi menjadi bualan ramai apabila penampilan terkininya membuatkan ramai terkejut melihatnya. Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan Aizat Amdan yang sedang menyanyikan lagu hit miliknya iaitu Hanya Kau Yang Mampu.
Namun apa yang menjadi perhatian ramai ialah penampilannya yang jauh berbeza dari dulu di mana kini dia dilihat lebih berisi dari sebelum ini. Malah ramai juga yang tidak menyangka penyanyi itu kembali ke badan asalnya selepas berusaha menurunkan berat badan beberapa tahun lalu.
Walaupun mengalami perubahan berat badan, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja apabila penyanyi itu dilihat semakin bahagia sekarang ini. Ada juga yang berpendapat ini perkara yang biasa berlaku kepada mereka yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.
Bahkan, netizen menganggap Aizat kini di dalam fasa bahagia bersama isterinya menyebabkan dia tidak kisah dengan perubahan fizikal itu. Dalam masa yang sama, netizen turut meminta orang ramai berhenti mengkritik penampilan penyanyi itu kerana Aizat pastinya lebih tahu apa yang terbaik untuk kesihatannya.
“Happy Aizat lepas dah kahwin…”
“Dia kembali ke asal tapi dia tahu macam mana tips untuk badan elok semula sebab dia buat. Kita tahu tapi kita tak buat.”
“Kenapa Aizat dah kembali ke zaman dulu ni, bahagia sangat ni.”
Sekadar info, penyanyi Aizat Amdan selamat disatukan dengan pasangannya, Elyssa Alia Illias pada 14 Ogos lalu. Difahamkan, pasangan ini menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin pada Januari dan merisik pada bulan Februari.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.