Bagi Alamat Taska, Pachara Apin Dakwa Afiq Muiz Sengaja Lengahkan Masa Untuk Kes Tuntutan Fasakh

Sponsored

Semalam telah berlangsungnya prosiding tuntutan fasakh yang dikemukakan oleh Pachara Apin yang merupakan isteri kepada Afiq Muiz. Difahamkan kes tuntutan fasakh ini ditangguh dan akan disebut semula pada 15 Jun hadapan selepas pelakon lelaki itu dilihat hadir di mahkamah semalam.

Pachara memberitahu suaminya itu dilihat seperti sengaja melengahkan masa untuk tuntutan fasakh yang dikemukakannya. Menurutnya, sebelum ini Afiq telah memberikan alamat palsu kepada pihak peguamnya yang mahu menyerahkan surat tuntutan fasakh.

Sponsored

“Sepatutnya hari ini berjalan lancar tapi sebaliknya berlaku dengan kehadiran defendan (Afiq), nampak macam sengaja melambatkan lagi kes ini. Peguam saya beritahu segala bukti dan mesej telah sampai kepadanya berhubung tuntutan fasakh ini.”

Bagi alamat taska

Pachara menjelaskan, pihak peguamnya sebelum ini pernah menghubungi Afiq untuk kes tuntutan itu namun pelakon tersebut memberikan alamat palsu iaitu alamat sebuah taska. Tambah Pachara, tindakan Afiq ini seolah-olah mempermainkan pihak peguamnya dan ia tidak sepatutnya berlaku.

Sponsored

“Bahkan, sewaktu peguam nak hantar surat pun, dia suruh cari alamat sendiri. Selepas cari beberapa alamat, dia hantar pula alamat taska. Dia seperti mempermainkan staf peguam saya dan itu tak patut.”

Terdahulu, prosiding keterangan saksi ditunda selepas Afiq hadir dan mengaku tidak menerima surat tuntutan cerai pihak peguam Pachara sebaliknya hanya mengetahui perkara itu melalui media sosial. Manakala Pachara difahamkan sudah memfailkan permohonan fasakh pada Oktober tahun lalu.

Sponsored

Selain itu, Pachara juga pernah membuat laporan polis pada Mei 2021 atas dakwaan Afiq menampar mukanya sebanyak lima kali selain menendang perutnya dan menumbuk bahagian dagu sebanyak dua kali.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbermstar